INFAQ BERAS UNTUK ASNAF DAN IBU TUNGGAL BULAN JULAI 2023

RM2,000 / 66.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

139 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang ke kempen infaq beras! Moga kempen ini akan berjaya dan menjadi program bulanan bagi kita semua untuk membantu meringankan beban mereka yang sangat memerlukan perhatian kita semua.


Alhamdulilah program pada bulan Jun ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penyumbang. Sebanyak 55 pek beras 5kg telah diagihkan kepada 55 penerima secara berperingkat oleh wakil tuan pengerusi. Setiap penerima akan menerima 1 pek beras 5kg berkenaan. Pada penyerahan di Kampung Bruit Daro tersebut, seramai 40 orang penerima telah menerima bantuan pek beras yang telah kami anjurkan secara bulanan ini pada pertengahan Februari manakala 15 orang lagi dari kampung Tekajong Daro.



Penyerahan oleh wakil NGO iaitu saudara Jemai Bedihi kepada penerima yang layak

Kami konsisten untuk menjadikan ini program bulanan yang akan kami anjurkan kerana kami yakin bahawa biarpun ianya hanya satu pek beras sahaja, namun ia memberi makna yang sangat besar kepada penerima tersebut. Oleh itu, kami akan lakukan yang terbaik sambil disokong oleh tuan-tuan dan puan-puan sekalian dalam usaha kita bersama untuk membantu mereka yang memerlukan ini.



Terpancar kecerian di wajah penerima menerima hasil sumbangan tersebut dan di harap agar kita semua dapat meneruskan kempen ini untuk membantu mereka yang memerlukan

Pihak kami percaya biarpun bantuan tersebut tidaklah begitu banyak, namun sedikit sebanyak apa yang kita bantu hasil sokongan daripada penyumbang sekalian amatlah memberikan kesan yang besar kepada penerima tersebut untuk meringankan sedikit bebanan mereka. Bagi memastikan tidak ada yang tercicir dan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima, penerima perlu menurunkan tandatangan penerimaan agar bantuan untuk fasa seterusnya akan lebih mudah untuk diagihkan kepada mereka kelak.

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat