PROGRAM SEKAMPIT BERAS BAGI YANG MEMERLUKAN

RM820 / 27.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

44 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PROGRAM BANTUAN SEKAMPIT BERAS ADALAH PROGRAM BELIA KOMUNITI UNTUK MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN. BANTUAN AKAN DIAGIHKAN KEPADA MEREKA YANG TELAH DIKENALPASTI SANGAT MEMERLUKAN.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sempena Ramadhan yang bakal menjelang, Kelab Belia Komuniti Sri Sulong mengorak langkah untuk menganjurkan program sekampit beras untuk 200 keluarga terpilih.



Program ini bertujuan untuk membudayakan sifat suka memberi, menyemai sifat bantu membantu, menimbulkan rasa ingin menderma, mengupayakan sifat cakna terhadap persekitaran, sifat tolong menolong, rasa rendah diri serta menyemai semangat sukarelawan . Secara tidak langsung program ini memberi peluang kepada seluruh masyarakat untuk turut sama membantu masyarakat yang terkesan dan terjejas akibat masalah-masalah ekonomi dan sosial.



Kelab Belia Komuniti Sri Sulong hanya menjadi perantara diantara pemberi dan penerima dan menjadi pemudahcara dan peranan perantara antara masyarakat yang prihatin dengan golongan du’afa serta kelompok fuqar’ wa al-masakin tanpa mengira latar belakang kaum serta agama. Program ini bertujuan untuk meringankan bebanan golongan sasaran seperti asnaf, fakir, miskin , saudara baru serta mereka yang layak untuk menerima bantuan. Sesungguhnya sifat bantu membantu dikalangan kita perlu disemaikan.




“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat siksaanNya." (Surah Al-Maidah ayat:2)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 22, 2023

Kempen Sumbangan Tamat