RAIKAN KEBAIKAN DENGAN PEMBERIAN BERAS KEPADA MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN

RM30 / 1.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Tiada yang membahagiakan mereka melainkan sedikit kebaikan dari anda. Jom sebarkan kebaikan dengan sedekah ini.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Marilah kita bersama-sama berganding bahu memberi apa yang kita mampu. Tiada yang lebih membahagiakan kita melainkan salah satunya berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan.



Kempen ini terus dilaksanakan bagi kesinambungan kempen-kempen yang lalu yang sentiasa memerlukan dana dari semasa ke semasa. Keadaan ini semakin merunsingkan apabila kedudukan dana bagi membantu masyarakat yang memerlukan berada pada tahap yang tidak stabil.



Kami tidak mahu ia menjadi pengakhiran kepada usaha kebaikan ini. Ayuh semua, kita bangkit bersama memperjuangkan kebaikan tanpa ada titik noktahnya. Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmat dan kasih sayangNya bagi setiap rezeki yang diberikan buat kita. Tiada kata yang dapat diucapkan melainkadi atas setiap rezeki yang Dia berikan. Namun, pasti ada di antara kita yang tidak berasa gembira di saat melihat masyarakat di sekeliling kita sedang menahan lapar dan dahaga.



Sumbangan anda amat diperlukan bagi membantu mereka yang memerlukan. Kita hidup di bumi yang sama. Namun, dengan nasib dan takdir yang berbeza. Kita mungkin mampu menikmati makanan yang enak setiap masa. Mereka hanya mampu kais pagi makan pagi. Malah, ada ketika terpaksa mengikat perut kerana tiada apa-apa.



"Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, dia akan mendapatkan pahala seperti yang melakukannya."


Terima kasih atas sumbangan semua. Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di Syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 10, 2023

NOR AZLIN NORDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2023

Kempen Sumbangan Tamat