YAYASAN ENDATOE RAJ ELFATH

Dimulakan pada Feb 25, 2025

PELAJAR DARUL MUBARAKAH PERLU BANTUAN MAKANAN UNTUK MEREKA

RM350 / 11.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

23 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari kita ringankan beban mereka dan berikan mereka makanan yang lebih baik supaya mereka dapat fokus belajar dan menghafal Al-Quran dengan tenang. Jom bantu!


Di kawasan terpencil di Aceh Utara, terdapat 30 pelajar Pondok Pesantren Darul Mubarakah yang tekun menghafaz Al-Quran. Namun, di sebalik keghairahan mereka, ada realiti yang menyentuh hati.



Mereka belajar di bangunan ringkas dengan dinding anyaman buluh dan papan yang mula rapuh ditelan zaman. Apabila malam tiba, mereka tidur di atas lantai kayu yang sejuk. Lebih menyayat hati, makanan harian mereka hanyalah mee segera dan ikan masin kerana sukar mendapatkan nasi dan lauk yang enak.



Pelajar-pelajar ini bukan sahaja memerlukan ilmu, tetapi juga pengambilan nutrisi yang mencukupi supaya mereka dapat belajar dengan baik. Ramai daripada mereka datang daripada keluarga miskin yang tidak mampu menghantar bekal, jadi terpaksa bertahan dengan makanan apa yang mereka ada. Bagaimana mereka boleh menghafaz Kalamullah dengan baik jika perut mereka kosong?



Sahabat yang budiman, mari kita ringankan beban mereka dengan berkongsi nasi. Setiap sepinggan nasi yang kita berikan akan memberikan tenaga kepada mereka untuk terus belajar dan menghafaz ayat-ayat suci. Sedekah kita bukan sahaja membantu mereka di dunia, malah menjadi pelaburan pahala yang akan terus mengalir di akhirat kelak.



Bersama-sama, kita boleh membawa senyuman ke wajah mereka dan memberi mereka peluang untuk belajar dengan lebih baik. Semoga setiap butir nasi yang kita sedekahkan menjadi saksi kebaikan dan keberkatan dalam hidup kita. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 26, 2025

NOORATIKA BINTI ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 26, 2025

MISBA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 26, 2025

Kempen Sumbangan Tamat