Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ADYAN NADZIR KUCHING (SAHABAT ADYAN NADZIR CARE)
Dimulakan pada Dec 22, 2023
RM260 / 8.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu memberi apa yang kita mampu. Tiada yang lebih membahagiakan kita melainkan salah satunya berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan. Keluarga miskin yang terdiri dari para pelajar juga menjadi golongan yang diberi perhatian. Kenaikan harga beras yang tinggi sudah pasti menjadi masalah buat masyarakat semua. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Kami meneruskan kempen ini bagi meneruskan usaha mengumpul dana dari masa ke semasa. Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmat dan kasih sayangNya bagi setiap rezeki yang diberikan buat kita. Tiada kata yang dapat diucapkan melainkan 'Alhamdulillah' di atas setiap rezeki yang Dia berikan. Namun, pasti ada di antara kita yang tidak berasa gembira di saat melihat masyarakat di sekeliling kita sedang menahan lapar dan dahaga.
Sumbangan anda amat diperlukan bagi membantu mereka yang memerlukan. Kita hidup di bumi yang sama. Namun, dengan nasib dan takdir yang berbeza. Kita mungkin mampu menikmati makanan yang enak setiap masa. Mereka hanya mampu kais pagi makan pagi. Malah, ada ketika terpaksa mengikat perut kerana tiada apa-apa.
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, dia akan mendapatkan pahala seperti yang melakukannya."
Terima kasih atas sumbangan semua. Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di Syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di dunia dan akhirat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 26, 2023
BEH JIN YEE
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 24, 2023