ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 06, 2024

BERAS DAN MAKANAN SIHAT UNTUK PELAJAR MAAHAD

RM30 / 1.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

3 Penyumbang

84 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom berkongsi untuk bantu santri maahad tahfiz, yatim dan dhuafa mendapatkan makanan yang layak bersama ASAR Humanity.


Jom berkongsi untuk bantu santri maahad tahfiz, yatim dan dhuafa mendapatkan makanan yang layak bersama ASAR Humanity. Rasulullah SAW bersabda:


“Barangsiapa yang membantu meringankan beban saudaranya, maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat.”



Baru-baru ini, ASAR Humanity telah menghantar pakej makanan kepada para pelajar di beberapa maahad yang memerlukan. Pakej tersebut mengandungi beras, makanan dalam tin, minyak, telur, dan bahan makanan lain yang diperlukan.


Bantuan ini sangat bermakna bagi mereka kerana kebanyakan maahad di Indonesia, pelajar tidak dikenakan bayaran untuk mempelajari Al-Quran dan mendalami ilmu agama.



Namun, di sebalik semangat mereka menuntut ilmu, masih ada kekurangan yang perlu kita bantu. Banyak maahad yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan untuk menyediakan makanan dan keperluan asas bagi para pelajarnya.



Oleh itu, ASAR Humanity mengajak anda semua untuk turut serta dalam program sedekah ini. Setiap sumbangan akan membantu lebih ramai pelajar mendapat makanan yang layak, agar mereka dapat terus menimba ilmu dengan tenang dan sihat.



Marilah kita bersama-sama menjadi sebahagian daripada kebaikan ini untuk mendukung generasi pewaris Al-Quran, yang insya-Allah akan membawa kebaikan kepada umat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2024

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2024