BANTUAN BERAS BAGI MEREKA YANG MEMERLUKAN PADA BULAN RAMADHAN

RM920 / 30.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

57 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH MARI KITA BANTU SAHABAT DAN SAUDARA KITA YANG MEMERLUKAN BANTUAN. KEMBALIKAN SENYUMAN KEPADA MEREKA DALAM BULAN RAMADHAN INI DAN BESAR PAHALANYA BAGI KITA YANG MENOLONG.


Sempena Ramadhan, Kelab Belia Komuniti Sri Sulong mengorak langkah untuk menganjurkan program sekampit beras untuk 200 keluarga terpilih.



Program ini bertujuan untuk membudayakan sifat suka memberi, menyemai sifat bantu-membantu, menimbulkan rasa ingin menderma, mengupayakan sifat cakna terhadap persekitaran, sifat tolong-menolong, rasa rendah diri serta menyemai semangat sukarelawan . Secara tidak langsung program ini memberi peluang kepada seluruh masyarakat untuk turut sama membantu masyarakat yang terkesan dan terjejas akibat masalah-masalah ekonomi dan sosial.



Kelab Belia Komuniti Sri Sulong hanya menjadi perantara di antara pemberi dan penerima dan menjadi pemudahcara antara masyarakat yang prihatin dengan golongan daif serta kelompok fuqar’ wa al-masakin tanpa mengira latar belakang kaum serta agama. Program ini bertujuan untuk meringankan bebanan golongan sasaran seperti asnaf, fakir, miskin dan saudara baru serta mereka yang layak untuk menerima bantuan. Sesungguhnya sifat bantu-membantu di kalangan kita perlu disemaikan.



Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 2


“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat siksaanNya."


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat