Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
KELAB BELIA KOMUNITI SRI SULONG TAMAN SRI SULONG
Dimulakan pada Apr 12, 2023
RM1,343 / 44.77 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
77 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sempena Syawal yang bakal menjelang, Kelab Belia Komuniti Sri Sulong mengorak langkah untuk menganjurkan program sekampit beras untuk 200 keluarga terpilih.
Program ini bertujuan untuk membudayakan sifat suka memberi, menyemai sifat bantu membantu, menimbulkan rasa ingin menderma, mengupayakan sifat cakna terhadap persekitaran, sifat tolong menolong, rasa rendah diri serta menyemai semangat sukarelawan . Secara tidak langsung program ini memberi peluang kepada seluruh masyarakat untuk turut sama membantu masyarakat yang terkesan dan terjejas akibat masalah-masalah ekonomi dan sosial.
Kelab Belia Komuniti Sri Sulong hanya menjadi perantara diantara pemberi dan penerima dan menjadi pemudahcara dan peranan perantara antara masyarakat yang prihatin dengan golongan du’afa serta kelompok fuqar’ wa al-masakin tanpa mengira latar belakang kaum serta agama. Program ini bertujuan untuk meringankan bebanan golongan sasaran seperti asnaf, fakir, miskin, saudara baru serta mereka yang layak untuk menerima bantuan. Sesungguhnya sifat bantu membantu dalam kalangan kita perlu disemaikan.
Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 2:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat siksaanNya."
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 12, 2023