PERTUBUHAN RAUDHAH RIZQ

Dimulakan pada Oct 23, 2023

SEKAMPIT BERAS BANTU RINGANKAN BEBAN KELUARGA ASNAF

RM50 / 0.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen Sekampit Beras yang dilancarkan adalah untuk membantu keluarga asnaf di pedalaman Sabah yang kurang berkemampuan untuk membeli barang asasi. Jom bantu mereka!


Ekonomi negara hari ini memang sangat merosot sehingga membebankan kehidupan masyarakat lebih-lebih lagi keluarga yang memang kurang berkemampuan. Beras merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Ia boleh dikatakan salah satu makanan yang mengenyangkan. Tetapi beberapa bulan yang lepas, kita digemparkan dengan kenaikan harga beras yang melonggak tinggi. Kenaikannya bukan setakat RM2 ke RM3 tetapi mencecah RM10.



Kesan daripada kenaikan ini, ramai rakyat yang mencatu pengambilan nasi dalam hidangan makanan mereka terutama keluarga yang memang tidak mampu daripada sebelum naik harga beras lagi, apabila harga beras semakin naik lagilah mereka tidak mampu membeli beras.



Edaran sumbangan Foodpack kepada keluarga asnaf di Daerah Kota Belud semasa zaman PKP


Jadi, Raudhah Rizq tampil ke hadapan dalam membantu keluarga asnaf terutama keluarga di pedalaman Sabah bagi memberi sumbangan sekampit beras untuk setiap keluarga dan akan diedarkan setiap bulan mengikut kawasan yang berlainan.


Target kami ingin memberi sebanyak 100 sekampit beras sebulan untuk satu kawasan. Justeru itu kami menyeru kepada masyarakat yang berkemampuan untuk bersama-sama kami membantu dan meringankan beban keluarga mereka untuk membeli beras.



InshaAllah sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan dan memberi kegembiraan buat mereka. Sedekahlah walaupun nilainya kecil kerana Allah tidak memandang besarnya nilai yang disedekahkan tetapi keikhlasan kita dalam menolong saudara seIslam kita.


"Sesungguhnya orang terbaik diantara kalian adalah orang yg memberi makan.”

(HR. Ibnu Sa’ad, Al-Hakim, Ath-Thabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2023

KHAIRUL ASWAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat