BERIKAN KECERIAAN KEPADA SAUDARA KITA SEMPENA SYAWAL

RM665 / 22.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

48 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh sahabat-sahabat, kita bantu saudara kita yang sedang dalam kesempitan. Kita berikan keceriaan sempena Syawal yang mulia ini. Besar ganjarannya sumbangan yang anda berikan dan pahalanya mengalir


Tatkala kita semua bergembira merayakan hari kemenangan Hari Raya Aidilfitri janganlah kita lupakan saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan. Mereka adalah ujian buat kita, ujian hati kita dan ujian keimanan kita. Memberikan sedekah sebenarnya adalah satu tugas yang amat sukar. Satu tindakan yang sangat dituntut oleh Allah dan besar ganjarannya di sisi Allah. 



Komuniti Ihsan bercadang sempena Aidilfitri ini akan membuat program memberikan bantuan sekampit beras dan barang-barang dapur yang lain kepada mereka yang terpilih di sekitar Batu Pahat ini.



Golongan sasar adalah seperti mualaf, warga miskin, OKU, gelandangan dan mereka yang memerlukan bantuan. Kita kembalikan senyuman kepada mereka dan bantu meringankan beban mereka. Ketahuilah bahawa Allah akan mempermudahkan urusan hamba yang membantu orang lain yang di dalam kesusahan. 



Sabda Rasulullah:


وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ


“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat