Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM13,394 / 89.29 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
425 Penyumbang
44 Baki Hari
Terdapat 85 anak-anak yatim dan keluarrga mereka dari Lahad Datu dan Semporna yang kami biayai keluarga mereka dengan paling kurang bantuan beras. Mereka adalah komuniti laut, yang tinggal di rumah atas air dan pulau-pulau terpencil. Bagi mereka, ada beras sudah cukup, lauk mereka cari di laut!


Setakat ini, kami sudah menyalurkan hampir 1,000 kampit beras sejak bulan awal tahun ini. Kami juga menyalurkan bantuan beras kepada seramai mungkin miskin tegar lagi terpinggir di lokasi-lokasi yang sama di Sabah.

Selain itu, melalui “Project Hugs” kami juga memberikan pendidikan akademik dan pengajian Islam secara percuma untuk anak-anak mereka.

Dengan sokongan anda, kami juga dapat menambah makanan asasi lain seperti garam, gula, kicap, minyak dan sebagainya untuk fakir dan miskin tegar dan terpinggir ini. Allah SWT memuji orang-orang yang bersedekah seperti dalam bentuk makanan sebagaimana dalam firman-Nya:
"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan. (Surah al-Insan, Ayat 8)

Kami perlukan sokongan anda untuk menaja beras bagi 3 bulan akan datang. Ayuh, menyumbang sekarang!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Alhamdulillah, dengan sumbangan anda kami sampaikan bantuan kepada keluarga yang amat dhaif dan terpinggir. Terima kasih terus menyokong usaha murni ini.
Beginilah antara rumah-rumah yang kami ziarah dan bantu. Tidakkah berbaloi membantu menghilangkan kelaparan mereka?
Jom, terus menyokong kempen ini.
Kami juga ingin membantu bina semula rumah yang lebih selamat, sila rujuk kempen lain dan beri sokongan anda!

Pada 24/10/2025, sebanyak 150 kampit beras telah disampaikan ke Pulau Kulapuan, Sabah untuk asnaf miskin terpinggir yang kehilangan punca pendapatan kerana cuaca buruk dan ribut petir menyukarkan mereka keluar menangkap ikan.

Disamping itu, seramai 18 keluarga yang mempunyai anak-anak yatim juga diberikan sumbangan bakul makanan (bantuan makanan penuh) dan ini merupakan bantuan bulanan yang ke 7.
Terima kasih atas sumbangan anda. Insya Allah kami akan teruskan sumbangan bulanan khususnya untuk anak-anak yatim pada bulan hadapan.
MOHAMAD NOORRIZAL
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 14, 2025
NORMAH HASSAN
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM32.00
Nov 14, 2025