BERAS UNTUK KOMUNITI

Dimulakan pada:
09 Sep, 2021
BERAS UNTUK KOMUNITI
1.98%
RM1,680
/RM85,000
67
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

"Beras Untuk Komuniti" kempen yang mensasarkan untuk memastikan isi rumah di Malaysia dilengkapi dengan sekurang - kurangnya bekalan asas (beras) bagi mendepani hari - hari sukar yang mendatang.

"Kelab Permuafakatan Ukhwah (Lavida Torres)(PPM-013-05-30062021)"

Sebuah kelab berdaftar yang berpengkalan di Seremban, Negeri Sembilan. Diasaskan hasil buah fikiran 11 sahabat yang ingin menyumbang sesuatu kembali kepada masyarakat. Berkongsi matlamat dan asas perjuangan yang sama iaitu ingin membuat perubahan dan membantu masyarakat tidak mengira agama dan bangsa. SALAM PERJUANGAN!!!

"Beras Untuk Komuniti"

Kempen “beras untuk komuniti” dilancarkan bertujuan untuk meneroka seluruh daerah dan negeri di Malaysia, menyantuni segala lapisan masyarakat bagi memastikan setiap keluarga mendapat kelengkapan asas yang mencukupi. Seperti yang kita sedia maklum tidak semua keluarga di Malaysia ini bernasib baik untuk menikmati hidangan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ada juga di antara keluarga di Malaysia ini yang tidak dapat menyediakan walau sekadar sekampit beras. Terdapat juga yang terpaksa mengikat perut dan sentiasa memikirkan hidangan untuk hari - hari yang mendatang.

Mengapa beras yang dipilih sebagai tema utama kempen ini? Seperti yang kita semua sedia maklum, beras adalah makanan ruji bagi penduduk Malaysia. Sifat asas beras yang mampu tahan lama dan dapat membekalkan sumber karbohidrat yang tinggi mampu untuk membekalkan tenaga yang diperlukan dalam mengharungi kehidupan seharian.

Sehingga hari ini kami telah berjaya menjelajah ke Negeri Melaka dan Negeri Sembilan bagi menjayakan kempen tersebut. Kempen kami tidak akan berakhir disitu, kami tetap cekal dan akan berusaha dengan lebih banyak bagi memastikan kempen ini dapat diteruskan ke daerah dan negeri lain di Malaysia.

Kempen seperti ini akan sentiasa diteruskan sepanjang tahun dan kami juga akan mengusahakan untuk mendapatkan sumbangan yang berterusan daripada pelbagai golongan masyarakat. Objektif kempen kami adalah jelas bahawa kami akan menerokai seluruh pelusuk Malaysia bagi menjayakan kempen ini.

Selain beras kami turut akan menyediakan kit – kit makanan asas tambahan seperti gula, tepung, minyak masak, telur, sardin sebagai sumber tambahan di dalam kempen kami.

Berikut adalah tentatif bagi kempen “Beras untuk Komuniti”

Melaka (Ogos 2021)

Negeri Sembilan (September 2021)

Johor (Oktober 2021)

Selangor (November 2021)

Kuala Lumpur & Putrajaya (Disember 2021)

Perlis (Januari 2022)

Kedah (Februari 2022)

Pulau Pinang (Mac 2022)

Perak (April 2022)

Kelantan (Mei 2022)

Terengganu (Jun 2022)

Pahang (Julai 2022)

Sarawak (Ogos 2022)

Sabah (September 2022)

Labuan (Oktober 2022)

Sumbangan yang diperlukan

Kami menyasarkan untuk menyumbang 400 kampit beras bagi setiap negeri

400 kampit beras x RM12.50 = RM75,000.00

Kos Logistik = RM10,000.00

Kos Keseluruhan = RM85,000.00

Perkembangan terkini

Untuk makluman setakat hari ini kami telah berjaya menyumbangkan

100 kampit beras di daerah Jasin, Melaka

100 kampit beras di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan

100 kampit beras di daerah Jelebu, Negeri Sembilan

Program seterusnya adalah pengagihan "drive thru" 250 kampit beras di Kampung Kesang Tua, Jasin, Melaka pada pertengahan oktober

Sedekahlah walau sedikit, bukan nilai menjadi ukuran, tetapi keikhlasan hati. Nilai yang sedikit itu mungkin menjadi bekalan kita nanti, Insya-Allah. Bantulah kempen “beras untuk komuniti” kami. Bantulah kami membantu mereka yang serba kekurangan. Sumbangkanlah walaupun sedikit. Yakinlah sedikit sedekah itu mampu membuka pintu – pintu rezeki yang lebih besar.

Laporan Kempen

12 Dec 2021

Program pandu lalu "beras untuk komuniti" Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang

12 Dec 2021
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, program pandu lalu "beras untuk komuniti" di Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor telah berlangsung dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah kami ucapkan kepada Allah S.W.T atas kesempatan, kesihatan, masa yang dikurniakan dalam menjalankan program tersebut. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk kampung Sungai Sireh, Pihak pengurusan Surau Nur Hidayah dan juga Umno Cawangan Sungai Sireh atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kami ucapkan kepada anda semua diluar sana atas segala sokongan dan sumbangan yang telah diberikan.
Teruskan memberikan sokongan kepada perjuangan kami dan perjuangan kami tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Kami akan terus mencuba untuk memberikan yang terbaik untuk komuniti. Insyallah program akan diteruskan pada masa akan diadakan jika diizinkan oleh Allah S.W.T.
Terima kasih, Terima kasih dan Terima kasih. Sehingga kita berjumpa lagi. Insyallah.
Teruskan sokongan anda semua untuk komuniti
Jika anda ingin membuat sebarang sumbangan.
Sumbangan boleh disalurkan melalui :
Bank Islam Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres : 05067010022023
16 Nov 2021

Alhamdulillah masih diberikan kekuatan dan tenaga bagi meneruskan kempen "beras untuk komuniti". Pada 14/11/2021 (Ahad) program telah diteruskan lagi dengan program agihan beras di sekitar Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor. Berpeluang untuk menyantuni sejumlah keluarga - keluarga di sekitar kampung dan mengagihkan sejumlah beras kepada masyarakat di sekitar kampung tersebut. Program kali ini boleh dikatakan pra program sebenar yang mana, sebuah program serahan besar - besaran akan diadakan pada awal bulan Disember bertempat di daerah yang sama. Diharap kami terus dikurniakan kekuatan dan semangat yang tinggi, selain itu juga sokongan daripada masyarakat tetap tidak kami lupakan. Sumbangan berbentuk sokongan dan wang ringgit amat kami hargai, dan kami terus menyeru masyarakat diluar sana bagi membantu kami bagi menjayakan program ini. Terima kasih kami ucapkan kepada semua. Percayalah bahawa semua keluarga di luar sana berhak untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

Pautan kepada gambar - gambar aktiviti tanjung karang boleh diakses melalui pautan berikut :

https://drive.google.com/drive/folders/1fHzTMkMriQrZhTQPaw6VcGg8Q5rp2D2x?usp=sharing

22 Sep 2021

20 Sep 2021

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, pada tanggal 18 September 2021, Kelab Permuafakatan Ukhwah (Lavida Torres) telah berjaya menyempurnakan misi sumbangan beras dan kit makanan ke daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Sejumlah 100 kampit beras telah berjaya diagihkan kepada keluarga yang memerlukan di daerah Jelebu. Misi yang mendapat kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jelebu, Pejabat Dun Klawang dan juga wakil- wakil ketua kampung daripada kampung di sekitar daerah Jelebu. Terima kasih kami ucapkan kepada yang telah menyumbangkan wang ringgit, tenaga dan sokongan. Kami amat menghargai segala sumbangan dan penghargaan anda. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas segala sumbangan dan dan sokongan anda. Teruskan menyokong kelab kami, teruskan menyokong perjuangan kami, teruskan menyumbang bagi kita sama - sama membantu keluarga yang memerlukan di luar sana. Misi ini tidak akan berhenti di sini. Misi ini akan diteruskan sehingga kami berjaya memenuhi objektif kempen ini. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan juga tidak langsung. SALAM PERJUANGAN!!!

Setakat 19/09/2021 kelab telah berjaya mengadakan program dan mengedarkan beras kepada komuniti seperti yang berikut

14 Ogos 2021 Jasin, Melaka 100 kampit beras

04 September 2021 Kuala Pilah, Negeri Sembilan 100 kampit beras

18 September 2021 Jelebu, Negeri Sembilan 100 kampit beras

Gambar - gambar program daerah Jasin, Kuala Pilah dan Jelebu boleh di akses melalui pautan yang berikut :

https://drive.google.com/drive/folders/1-l_aMvnUYEq4lzIWHUYlWWF_j2Wj5R7u?usp=sharing

https://drive.google.com/drive/folders/1k_Px8DpPZ0WhFva65NZgsIgKrMTB4Tgt?usp=sharing

https://drive.google.com/drive/folders/1ILAMWP_nRtanvrCDYi3ES59aWbLiaQ--?usp=sharing

https://drive.google.com/drive/folders/1P4h5jh7l89J80GaNB-R-OOEEGWtfALu2?usp=sharing

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 05, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
May 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 06, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

LENGKAPI LANGKAH KECIL, BINA MIMPI BESAR ANAK-ANAK
RAYUAN SUMBANGAN DANA PENDIDIKAN
INFAQ AL QURAN UNTUK NEGARA MINORITI ISLAM
BANTU MADRASAH AL-MUHSININ MENYOKONG RANGKAIAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
INFAK AL QURAN
Kempen Sumbangan Tamat