ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 30, 2022

BANTU MEMENUHI KEPERLUAN BERAS PELAJAR TAHFIZ YATIM

RM2,075 / 69.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

139 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Keperluan makanan merupakan salah satu keperluan penting di maahad, tetapi tidak semua maahad dapat memenuhinya. Jom agihkan beras dan makanan lainnya untuk mereka!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Beberapa waktu lalu pasukan Asar Humanity telah mengunjungi Maahad Nurussalam yang terletak di Babakan Sadeng, Kecamatan Leuwisadeng, Kabupaten Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Di mana maahad ini telah ditubuhkan sejak tahun 2002 dan kini jumlah pelajar yang belajar di maahad ini seramai 180 orang pelajar yang terdiri daripada 80 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan.



Pelajar yang belajar di maahad ini terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza tetapi rata-rata pelajarnya adalah anak yatim dan dhuafa. Oleh sebab itu, pelajar di maahad ini tidak dikenakan yuran bulanan cuma mereka digalakkan bersedekah untuk membayar token elektrik bilik atau saung sebanyak RM6 untuk penerangan mereka belajar atau menghafaz Al-Quran pada waktu malam.



Selain itu, untuk memenuhi keperluan makanan pelajar datangnya daripada pimpinan maahad dan untuk makan biasanya hanya 2 kali sehari pada pagi dan petang dengan lauk-pauk yang ada dan memasak sendiri di dapur. Dengan jumlah pelajar seramai 180 orang, beras yang diambil dalam tempoh 1 bulan sekitar 320 kilogram. Oleh kerana maahad ini tidak mengutip yuran bulanan daripada pelajar dan hanya datang daripada pimpinan maahad, kadang-kadang ini juga menjadi penghalang dalam memenuhi keperluan makanan pelajar.



Namun, Maahad Nurussalam bukanlah satu-satunya maahad yang mengalami kesukaran dari segi makanan tetapi banyak maahad yang turut mengalami kesukaran yang sama. Oleh itu, kami ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama membantu memenuhi keperluan makanan pelajar di Maahad Nurussalam dan maahad Indonesia lainnya yang memerlukan. InshaAllah sedekah yang terkumpul akan diagihkan dalam bentuk beras dan pakej makanan lain.



Semoga dengan adanya bantuan ini, para pelajar di Maahad Nurussalam dan maahad lain tidak lagi menghadapi kesukaran dari segi makanan dan dapat belajar agama atau menghafaz Al-Quran dengan fokus. Semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan Allah SWT balas dengan balasan yang terbaik. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 01, 2023

TAN SUE MEI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 31, 2022

MOHD YAKOP IKRAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 31, 2022

Kempen Sumbangan Tamat