Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,309 / 43.63 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
64 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di sebalik kemeriahan Ramadan di kota raya, masih banyak institusi maahad dan keluarga kurang berkemampuan di sekitar Kuala Lumpur yang berpuasa dalam serba kekurangan. Bagi mereka, berbuka puasa bukanlah tentang juadah mewah, tetapi sekadar mengisi perut dengan apa yang ada.
Dengan sumber yang terhad, mereka hanya mampu berharap agar ada tangan-tangan dermawan yang sudi berkongsi rezeki untuk memberi mereka kegembiraan di waktu berbuka.
Oleh itu, kami mengajak anda untuk bersama dalam kempen ini, mengumpulkan dana bagi menyediakan juadah berbuka buat institusi maahad, asnaf, dan komuniti yang memerlukan. Setiap sumbangan yang anda hulurkan akan terus disalurkan dalam bentuk makanan berbuka yang akan diedarkan ke maahad serta kawasan sekitarnya.

Sedekah di bulan Ramadan tidak akan pernah sia-sia. Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala yang sama tanpa mengurangkan pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun. Inilah peluang kita untuk melipatgandakan amal. Ayuh, hulurkan sumbangan anda hari ini dan jadilah asbab kegembiraan mereka!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM12.00
Feb 24, 2025