YAYASAN GLOBAL SEDEKAH MOVEMENT

Dimulakan pada Jun 11, 2025

BANTU MAK TETY MENERUSKAN HIDUP

RM71 / 0.14 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sahabat Kebaikan, walaupun Mak Tety tidak pernah merungut, beban hidup yang ditanggungnya sangat berat. Marilah kita hulurkan tangan, suntikan semangat, dan ukirkan senyuman buat keluarga ini.


Kisah Mak Tety (71 tahun) mencerminkan ketabahan seorang ibu yang menjadi tunjang utama keluarga di tengah badai kehidupan. Belum selesai menanggung beban apabila suaminya, Abah Aan (72 tahun) diserang stroke dan tidak dapat menjalani rawatan kerana kekangan kewangan, Mak Tety terpaksa pula menerima hakikat kehilangan anak tercinta akibat penyakit buah pinggang. Segala usaha dan ikhtiar telah dilakukan demi kesembuhan si anak, namun takdir menentukan sebaliknya.


Setiap hari, Mak Tety merayau dari kampung ke kampung menawarkan perkhidmatan gunting rambut. Dari pagi hingga senja, dia melangkah dengan semangat yang luar biasa meskipun pendapatannya sangat tidak menentu sekitar 10 hingga 20 ringgit sahaja. Dengan hati yang tulus, Mak Tety tidak pernah menetapkan harga tetap.



“Di kampung macam ni, mana boleh letak harga. Ikut seikhlasnya sahaja. Kadang-kadang ada yang tak mampu bayar, lebih-lebih lagi kalau budak kecil menangis nak cukur rambut, Mak redha, anggap saja sebagai sedekah,” ujarnya dengan penuh keikhlasan.



Namun di sebalik senyumannya, Mak Tety sering menahan lapar demi membawa pulang lebih banyak rezeki untuk keluarga. Pendapatan yang sedikit itu terpaksa dibahagi untuk keperluan harian, membeli ubat-ubatan yang tidak ditanggung oleh insurans kesihatan, serta kos pengangkutan ke hospital. Tidak jarang, jika tiada pendapatan langsung, mereka sekeluarga terpaksa menahan lapar di rumah.



Kini, kesihatan Mak Tety turut merosot. Namun begitu, beliau tetap gigih berjuang demi keluarga tercinta. Di lubuk hatinya, Mak Tety menyimpan impian untuk mempunyai perniagaan kecil-kecilan di rumah agar beliau dapat menjaga suami dan keluarga tanpa perlu berkeliling lagi.


Mak Tety tidak pernah merungut, beban hidup yang ditanggungnya sangat berat. Sekecil mana pun bantuan yang diberikan, ianya mampu menjadi sinar harapan besar buat Mak Tety dan keluarga. Sumbangan yang dikumpul akan digunakan untuk memenuhi keperluan harian Mak Tety dan keluarganya, serta menyokong program dan penerima manfaat lain di bawah naungan Yayasan Global Sedekah Movement.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 13, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 13, 2025

Kempen Sumbangan Tamat