MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 14, 2024

MENGEJAR PAHALA BERINFAQ PENAPIS AIR

RM250 / 8.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KITA RAIH PAHALA YANG BESAR BUAT PEJUANG AL-QURAN DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NURUL HIDAYAH.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membuka tabung sumbangan kepada orang ramai bagi membiayai kos pembelian penapis air dan kos penyelenggaraan penapis air bagi keperluan harian pelajar-pelajar dan guru-guru di maahad yang serba kekurangan ini. Pihak maahad mengajak anda sama-sama berkongsi kebaikan dan kasih sayang dengan memberikan sumbangan dan menghadirkan sebuah mesin penapis air kepada para pelajar dan penuntut di maahad tahfiz di sini.



Dengan adanya penapis air ini, penyumbang telah memberi kerjasama yang amat mulia kepada maahad tahfiz kami ini dengan sumbangan anda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lagi mesin penapis air yang masih belum selesai pembayaran. Pembayaran tersebut merangkumi kos bayaran bulanan dan kos penyelenggaraan penapis air minuman.


Oleh itu, pihak maahad melancarkan kempen ini bagi menampung kos pembayaran dan penyelenggaraan penapis air di maahad kami di sini yang memerlukan kos saraan secara bulanan dan tahunan untuk anak-anak di sini mendapat bekalan air bersih untuk minuman harian mereka.



إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚوَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ


Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah: 271)



Akhir kata, marilah kita rebutkan peluang saham akhirat. Semoga infaq kalian dapat menjauhkan kalian dari api neraka Allah SWT dengan sebab infaq akan mendapat kebaikan nanti insya-Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NORALIZA ABDUL WAHAB

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 15, 2024

Kempen Sumbangan Tamat