BERSAMA RINGANKAN BEBAN NURUL NADWA

RM10,000 / 100.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

443 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTUAN UNTUK MEMBIAYAI RAWATAN NURUL NADWA


Nurul Nadwa Bt. Badwi, 33 tahun amat memerlukan bantuan & ihsan dari kita semua. Marilah kita berganding bahu membantu beliau.

Objektif: Tujuan kempen ini adalah untuk mengumpul dana untuk pesakit dialisis kami.

Kehidupan Nurul Nadwa berubah pada bulan November 2013. Nurul mendapati dirinya sukar untuk bernafas sekaligus badannya juga mengalami perubahan yang ketara seperti bengkak pada tapak kaki, badan dan mukanya. Setelah selesai membuat beberapa ujian, doktor mendapati bahawa jantung beliau juga turut bengkak. Semasa temu bual, beliau berasa sebak apabila mengimbas semula kata-kata doktor yang merawatnya pada masa itu.


Doktor berkata bahawa saya tidak akan sihat seperti sebelum sekiranya pemindahan buah pinggang gagal dilaksanakan. Saya harus menjalani rawatan dialisis sepanjang hidup. Ibu bapanya juga turut berasa sedih ke atas kondisi anak mereka. Tambahan pula, mereka juga menghidapi penyakit seperti kencing manis.

“Adik lelaki saya amat mengasihani saya sehinggakan sanggup menderma buah pinggangnya. Sayang sekali dia masih muda untuk menjalani prosedur itu.

Walaupun kesihatan tubuh badannya tidak mengizinkan, Nurul tidak berputus asa untuk terus belajar dan akhirnya berjaya menamatkan pengajian beliau di Universiti Teknologi MARA.


Disebabkan rawatan dialisis yang perlu dijalani selang setiap hari, Nurul hanya boleh bekerja sebagai seorang pegawai tadbir sambilan di sebuah firma sekuriti. Walaupun pendapatan beliau yang tidak seberapa, beliau tidak alpa tentang tanggungjawab terhadap ibubapanya yang telah berumur dan tidak bekerja. Kakak kepada Nurul juga sekiranya mempunyai rezeki lebih, akan menolong Nurul serba sedikit.


'Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.'" (HR. Muslim)

Sumbangan anda akan meringankan beban pesakit ini untuk membiayai rawatan dialisisnya.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

  • Apr 15, 2022


Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2022

Kempen Sumbangan Tamat