TABUNG PEMBERSIHAN TANAH PERKUBURAN

RM160 / 0.32 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Tunjukkan sokongan anda kepada bekas-bekas pesalah penjara agar dapat membantu masyarakat dengan membuat kerja-kerja amal. Semoga dengan sumbangan ini mampu mengubah mereka menjadi lebih baik.


Assalamulaikum wbt. Semoga penyumbang-penyumbang semua berada di dalam keredhaan Allah S.W.T serta diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki hendaknya.


عن عائشة قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ


Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR. Bukhari, no. 6465) 


Liang lahad di semua kawasan tanah perkuburan akan menjadi rumah terakhir bagi semua penduduk di muka bumi ini. Ahli keluarga akan sering menjengah ‘rumah’ ini diiringi dengan bacaan surah Yassin. Meskipun kita sebagai ahli keluarga yang masih bernyawa, masih menghirup udara segar tidak tahu bagaimana keadaan ‘rumah’ dari dalam. Menjadi tanggungjawab kita untuk membersihkan kawasan luaran dan sekitarnya apabila datang menziarah kubur buat mereka yang dipanggil dahulu oleh Sang Pencipta. Begitu juga dengan usaha Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) ingin melatih dan memulihkan bekas-bekas pesalah penjara agar dapat membantu masyarakat dengan membuat kerja-kerja amal di samping itu dapat mengeratkan lagi hubungan golongan ini dengan masyarakat dan mengubah pandangan masyarakat terhadap bekas pesalah penjara. 



Oleh yang demikian, tabung dana telah dibuka bagi membuka peluang anda untuk membantu menghulurkan sumbangan pembersihan kubur. Mari kita sama sama menyumbang dan kongsikan kempen ini kepada semua kenalan! Kebersihan ini adalah amalan yang harus dilakukan oleh setiap masyarakat bagi menjaga kebersihan diri dan tempat sekeliling. Malah, dengan adanya aktiviti seperti ini dapat menarik golongan muda untuk turut serta dalam gotong-royong membersih kubur.


Program ini merupakan tunjang dalam memperkasakan serta memperkukuhkan lagi peribadi bekas-bekas pesalah penjara yang telah dibebaskan dalam menerajui serta memimpin diri sendiri dengan melengkapkan personaliti bukan hanya berpegang pada status seorang bekas penjara tidak semestinya tak boleh berubah, dari sudut kerohanian juga di titikberatkan. Malah ini merupakan landasan yang terbaik bagi memperbaiki lagi “kelompangan” dalam diri bekas-bekas pesalah penjara melalui program sebegini. Hari ini kita berganding bahu bersama masyarakat bagi menganjurkan program ini di samping dapat mendidik jiwa untuk sentiasa berbakti dan menolong orang lain walau di mana berada.



“SERUMPUN BAK SERAI, SESUSUN BAK SIRIH”


Kita sedar kesempatan untuk membersih kawasan perkuburan sebelum ketibaan Ramadan adalah bertepatan dan langkah terbaik untuk melaksanakan aktiviti yang agak meletihkan dan memerlukan tenaga yang banyak. Perancangan dua minggu penghujung sebelum bulan puasa adalah tepat. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan ukhuwah bersama masyarakat, pada masa sama terbit keterujaan dan keinsafan sepanjang membersihkan kubur ini.




Teruslah melakukan amal kebaikan sekalipun bukan waris mahupun saudara sendiri tanpa mengira tempat terutama di tanah perkuburan. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.



Amalan menderma merupakan satu amalan yang sangat dituntut di dalam Islam. Sesungguhnya setiap apa yang didermakan kerana Allah SWT pasti akan mendapat ganjaran pahala seperti janjiNya di dalam Al-Quran:


الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ


"Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sembunyi atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita." (Surah al-Baqarah: 274)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 21, 2023

HISHAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat