YAYASAN AL HUDA MUSI RAWAS

Dimulakan pada Mar 01, 2023

BANTUAN BIASISWA PENDIDIKAN ISLAM

RM185 / 1.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

SAMA-SAMALAH KITA BERSEDEKAH KEPADA PELAJAR YANG MENUNTUT ILMU AGAMA KERANA ILMU YANG DIPEROLEH DAN DIAMALKAN AKAN MENJADI AMAL JARIAH YANG AKAN TERUS MENGALIR UNTUK KITA SEHINGGA HARI KIAMAT.


Assalamualaikum wbt para penderma yang dimuliakan Allah SAW. Pendidikan merupakan asas kepada seseorang untuk mencapai kesejahteraan dan kegemilangan hidup di dunia dan akhirat. Oleh itu, ayat pertama yang Allah turunkan melalui malaikat Jibril AS iaitu Surat Al Alaq, pada ayat pertama berbunyi 'Iqra' (bacalah). Perintah membaca inilah yang menjadikan permulaan tamadun dunia baru.


"Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga." (HR Muslim, no. 2699)



Izinkan kami kembali mengumpul bantuan daripada semua penderma bagi merealisasikan program Biasiswa Pendidikan Islam lanjutan untuk beberapa pelajar lain yang layak dan memerlukan. Kami menyadari bahawa tanpa bantuan kewangan daripada tuan-tuan dan puan-puan, program ini mungkin tidak dapat berjalan sebagaimana mestinya. Oleh itu, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada sumbangan.com yang telah menyediakan wadah kebaikan untuk kita semua dan kepada para penderma yang sentiasa membantu kami baik dari segi moral mahupun material. Cukuplah Allah membalas dengan balasan yang terbaik buat kita semua. 



Perlu kami sampaikan kepada penderma dari sumbangan.com bahawa selain mendapat biasiswa, pelajar ini juga dilatih untuk menjalankan khidmat masyarakat seperti mengajar pelajar Tahfiz Quran di masjid, membina rumah anak yatim, berkhidmat di pondok pesantren dan sebagainya. Ini bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar ini agar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi semasa proses pembelajaran di institusi pengajian tinggi. InsyaAllah pahala akan terus mengalir kepada sesiapa yang menyertai program ini khususnya kepada para penyumbang.




Tuan/Puan para penderma, tidak lama lagi pelajar STAI Bumi Silampari akan memasuki tahun akademik baharu, sudah tentu mereka memerlukan dana untuk dapat menamatkan setiap peringkat semester mereka. Oleh itu, dengan segala kerendahan hati kami menjemput Tuan/Puan penyumbang sumbangan.com agar dapat mengetepikan beberapa aset terbaik anda untuk membantu pelajar Islam ini menamatkan pengajian mereka tepat pada masanya. InsyaAllah setiap sumbangan yang anda berikan akan sangat berguna untuk mereka yang memerlukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jun 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat