ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 21, 2022

BIASISWA PENDIDIKAN UNTUK PELAJAR MAAHAD DHUAFA

RM555 / 18.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kekurangan dana menjadi penghalang pelajar dhuafa untuk belajar dengan baik di sekolah. Mari kita agihkan biasiswa pendidikan untuk mereka!


Menjalani pendidikan di sekolah bukan sekadar duduk dan mendengar penerangan daripada cikgu. Kadangkala ada perkara yang perlu ditunaikan bagi menyokong kelancaran pendidikan seperti membeli buku teks, membeli pakaian sekolah atau membuat tugasan sekolah. Salah satunya adalah membuat kraf.



Daripada tiga keperluan itu, sudah tentu ia memerlukan wang dan tidak semua pelajar dapat memenuhi keperluan tersebut kerana ketiadaan wang yang mereka miliki seperti pelajar yang tinggal di Maahad Mualaf Mentawai, Sumatera Barat. Rata-rata pelajar yang tinggal di sini berasal daripada keluarga miskin dan keperluan harian mereka ditanggung sepenuhnya oleh maahad.




Namun disebabkan kekurangan dana, kadangkala pelajar juga terpaksa bekerja sambilan sebagai pemotong rumput atau pemungut kayu. Wang hasil kerja keras mereka digunakan untuk memenuhi keperluan harian dan pendidikan mereka. Sebaliknya, pelajar Maahad Mualaf Mentawai bukanlah satu-satunya pelajar yang mengalami kesukaran dalam memenuhi keperluan pendidikan, malah ramai lagi pelajar yang mempunyai perkara yang sama. Justeru, marilah sama-sama kita membantu pelajar-pelajar maahad yang menghadapi masalah pelajaran dengan memberi sedekah melalui kempen ini.



InshaAllah sedekah yang anda berikan akan disalurkan kepada pelajar-pelajar di Maahad Mualaf Mentawai dan maahad lain dalam bentuk biasiswa untuk memenuhi keperluan pendidikan mereka. Semoga Allah meredhai kebaikan anda dalam membantu pelajar mengamalkan salah satu daripada sabda Rasulullah SAW berikut:


طَلَبُ اْلعِلْمْ فَرِثْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ


"Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap individu muslim."


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 23, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 22, 2022

Kempen Sumbangan Tamat