MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 26, 2022

JEMPUT REZEKI DENGAN INFAQ BIL ELEKTRIK BULANAN MAAHAD TAHFIZ

RM315 / 10.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI MENJEMPUT REZEKI DENGAN INFAQ BAGI MENAMPUNG BIL ELEKTRIK BULANAN DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NURUL HIDAYAH. SAMA-SAMA BANTU UNTUK KEMUDAHAN IBADAH AGAR ANAK-ANAK TAHFIZ INI DAPAT MENUNTUT ILMU.


Muslimin dan muslimat yang dermawan, tidak dapat dinafikan bahawa semua orang sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan rezeki yang melimpah seperti wang, rumah, kereta dan lain-lain. Namun yakinlah bahawa rezeki itu sudah Allah tentukan kadarnya dan bila datangnya. Walaupun kita berusaha sekuat tenaga mencarinya, setiap pagi dan malam bahkan sampai berjumpa pagi lagi. Jika itu bukan rezeki kita maka hasil yang kita dapatkan akan biasa-biasa sahaja. Namun jika Allah tetapkan rezeki itu, walaupun kita tidak menginginkannya, maka rezeki itu akan datang sendiri kepada kita dengan waktu yang tidak kita sangka-sangka. Allah SWT berfirman:


“Katakanlah, Sungguh, rabbku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang ia kehendaki di antara hamba-hambanya. Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan dialah pemberi rezeki yang terbaik.” (S.Saba: 39)



Sehubungan itu, bagi menjemput rezeki pihak maahad membuka peluang buat muslimin dan muslimat untuk memberi sumbangan infaq bagi menampung bayaran bil elektrik untuk kemudahan dan keselesaan anak-anak tahfiz belajar Al-Quran serta beribadah. Maahad kami seperti kebanyakan maahad yang lain kekurangan dana untuk menampung bayaran bil elektrik bulanan dan masih memerlukan sumbangan orang ramai. Di Maahad Tahfiz ini menempatkan 40 orang pelajar dan 10 orang kakitangan, anggaran bulanan bil elektrik adalah RM1200 untuk surau, kelas pengajian, asrama dan kediaman kakitangan maahad. Di bawah adalah lampiran jumlah bil elektrik bulanan maahad.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza buat para penyumbang yang dermawan yang sudi memberi infaq untuk bil elektrik bagi keselesaan anak-anak tahfiz ini menuntut ilmu. Pahala segala aktiviti pengajian Al-Quran, ibadah anak-anak tahfiz di maahad ini dan yang berkaitan dengannya akan insyaAllah menjadi milik Tuan/Puan berterusan hingga ke akhirat kelak. Sedekah atau infaq itu juga mengundang rahmat Allah dan menjadi asbab Allah bukakan pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin Al-Awwam:


“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu dibentangkan di Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka barangsiapa yang memperbanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah memperbanyakkan baginya. Dan barangsiapa yang menyedikitkan nescaya Allah menyedikitkan baginya.“ (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2022

Kempen Sumbangan Tamat