KELAB BELIA PRIHATIN KAMPUNG KENANGAN

Dimulakan pada Oct 28, 2024

BAYARKAN BIL ELETRIK DAN AIR BAGI MASJID DAN MADRASAH

RM145 / 4.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

7 Penyumbang

90 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Menyumbang untuk bil utiliti institusi keagamaan adalah satu amal jariah yang sentiasa berkekalan. Pahalanya berterusan dan ganjarannya besar. Berikanlah bantuan kerana itu suatu yang dituntut agama.


Menyumbang untuk bil elektrik dan bil air bagi masjid, surau, madrasah dan pusat tahfiz memiliki banyak kebaikan. Alhamdulillah, atas kesedaran pihak Belia Prihatin ingin mengemukakan kempen sumbangan bagi pembayaran bil utiliti institusi-institusi agama yang sering mengalami kekangan dalam memenuhi keperluan kewangan mereka.



Dengan menyumbang untuk bil elektrik dan air, kita membantu memastikan bahawa mereka dapat membayar bil tersebut pada tepat waktu dan menjaga kestabilan kewangan mereka. Dengan adanya kestabilan kewangan tersebut, pihak masjid, surau atau madrasah akan dapat untuk terus menyediakan layanan dan program yang bermanfaat bagi umat.



Sumbangan ini untuk memastikan bahawa institusi agama dapat menjalankan operasi harian dengan lancar. Elektrik dan air yang cukup memadai adalah keperluan asas yang diperlukan untuk kegiatan keagamaan seperti solat, pengajian dan pelajaran agama. Dengan menyumbang, kita membantu memenuhi keperluan ini dan memastikan kegiatan keagamaan berterusan.



Kekuatan kewangan melalui sumbangan untuk bil utiliti dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada umat. Misalnya dengan memastikan aliran elektrik yang stabil, mereka dapat menyediakan kegiatan malam seperti solat jemaah. Sementara itu, dengan air yang cukup,  dapat memastikan kebersihan dan keselesaan bagi pengunjung dan jemaah.


Insya-Allah, menyumbang untuk bil utiliti merupakan cara yang baik untuk membantu membangun dan memperkuat komuniti muslim di sekitar. Belia Prihatin berharap dan menyasarkan untuk menjalankan kempen ini di lima institusi yang berkaitan. Semoga kita semua mendapat berkatnya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 29, 2024

MOHD FUAD BIN ABDUL HAZIZ

Menyumbang sebanyak RM15.00

Oct 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 29, 2024