DANA PEMBINAAN BANGUNAN FASA 2

RM805 / 0.16 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM510,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Projek Pembangunan Fasa 2 MTQHR ini diharap akan dapat membantu lebih ramai anak-anak khususnya dari golongan asnaf untuk menceburi bidang tahfiz yang berjaya.
Kepada para penyumbang yang budiman, kami ucapkan JazakalLahu khoiran kathiro dengan iringan doa :

Ya Allah, Engkau gandakan pahala sedeqah hamba-Mu ini sebagaimana yang telah Engkau janjikan sehingga 700 kali ganda malah lebih daripada itu. 

Berkatilah kehidupan mereka dan limpahkan rezeqi yang halal lagi baik dan jauhkan daripada rezeqi yang haram. 

Ya Allah alirkan juga pahala berpanjangan kepada ahli keluarganya yang telah mendahuluinya sebagaimana yang terniat di hati mereka. 

Aamiin ya Robbal 'alaminnn.


MTQHR telah mula beroperasi pada tahun 2017 dengan bangunan 1 tingkat yang mempunyai 4 bahagian iaitu pejabat, asrama, surau yang dijadikan sebagai kelas dan dewan makan yang boleh memuatkan pelajar seramai 20 orang.
MTQHR juga telah memperolehi kelulusan beroperasi daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perak, No. Pendaftaran JAIPK/TAHFIZ/KK.126/2020.

Sehingga September 2020 warga MTQHR adalah seramai 20 orang merangkumi 4 orang guru dan 12 orang pelajar dan pastinya dengan bangunan 1 tingkat sedia ada ini tidak lagi bersesuaian untuk menampung keseluruhan warga MTQHR serta pertambahan pelajar baharu yang akan datang.
Pengurusan MTQHR mensasarkan seramai 50 orang pelajar menjelang tahun 2021, maka sebuah bangunan baharu yang lengkap dengan fasiliti yang bersesuaian dengan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) perlu didirikan bagi memberikan ruang yang kondusif dan selesa kepada semua warga MTQHR baik pelajar mahupun guru sepanjang P&P d MTQHR.

Pertambahan pelajar untuk masuk ke MTQHR juga adalah kerana usaha MTQHR untuk mengecualikan pembayaran yuran kepada pelajar-pelajar asnaf dan anak-anak yatim yang berada di sini. Perkara ini dilakukan supaya minat anak-anak untuk menjadi huffaz tidak dihalang hanya kerana kesukaran keluarga mereka untuk membayar yuran bulanan.
Projek Pembangunan Fasa 2 MTQHR ini diharap akan dapat membantu lebih ramai anak-anak khususnya dari golongan asnaf untuk menceburi bidang tahfiz seterusnya melahirkan golongan profesional yang mahir di dalam ilmu Al-Quran dan hadis dengan memberikan ruang dan fasiliti yang kondusif, selesa dan terbaik sepanjang mereka menjalani pelaksanaan P&P di MTQHR.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 19, 2021

UI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM150.00

Oct 01, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 16, 2021

Kempen Sumbangan Tamat