ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 20, 2024

BERKONGSI UNTUK PROGRAM BINA MAAHAD TERJEJAS GEMPA

RM70 / 2.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bina semula harapan, sokong projek bina madrasah di Lombok Barat bersama ASAR Humanity!


Pada tahun 2018, gempa bumi dahsyat melanda Pulau Lombok, menyebabkan kerosakan besar pada infrastruktur, termasuk sekolah-sekolah dan madrasah. Ribuan bangunan hancur, dan hingga hari ini, banyak sekolah masih belum dapat dibangun kembali kerana kekurangan dana.



Salah satu yang paling terjejas ialah Pondok Pesantren Babussalam di Lombok Barat. Bangunan sekolah ini mengalami kerosakan teruk akibat gempa. Meski sudah dibangun seadanya, kondisi yang ada belum memadai untuk memenuhi keperluan para pelajarnya. Saat ini, terdapat 502 pelajar di pondok ini, di mana 338 daripadanya tinggal di asrama maahad dengan fasilitas yang sangat terbatas.



"Barang siapa memberikan pertolongan dengan pertolongan yang baik, niscaya dia akan memperoleh bahagian daripadanya." (Surah An-Nisa: 85)


ASAR Humanity kini melaksanakan proyek Bina Madrasa untuk membantu membangun kembali fasilitas pendidikan dan tempat tinggal yang layak bagi para pelajar di Lombok Barat. Proyek ini bertujuan memberikan mereka ruang belajar yang lebih baik, asrama yang selesa, serta bantuan pangan untuk mendukung kebutuhan harian mereka.



Dana anda akan digunakan untuk menghantarkan bantuan pangan, keperluan asan, fasiliti, renovasi bangunan sekolah dan asrama. Mari bersama kita hulurkan tangan untuk menyokong pendidikan generasi muda ini. Dengan menyisihkan sedikit rezeki, anda telah membantu membangun kembali masa depan mereka yang sempat hancur akibat bencana.



Jadikan sumbangan anda sebagai ladang pahala yang terus mengalir. Setiap ringgit yang anda berikan akan menjadi bekal amal jariah yang tidak akan terputus.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 20, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Nov 20, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Nov 20, 2024

Kempen Sumbangan Tamat