ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 19, 2025

INFAQ BINA MASJID DI KAMPUNG KECIL MANGGARAI

RM2,709 / 27.09 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

127 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom, bantu program bina masjid di pelosok negeri demi membantu saudara saudara seiman kita.


Di sebuah perkampungan terpencil di Manggarai, Nusa Tenggara Timur, tersimpan satu impian besar. Impian untuk memiliki masjid sendiri. Selama ini, penduduk di kampung ini terpaksa berjalan jauh, menempuh hutan dan jalan curam hanya untuk solat berjemaah di masjid terdekat.



Namun, semangat mereka untuk terus beribadah tidak pernah padam. Pada bulan Ramadan yang lalu, mereka bersatu hati dan bergotong-royong membina sebuah masjid kecil. Bangunan itu asalnya adalah rumah milik seorang penduduk yang telah meninggal dunia. Rumah itu diubahsuai perlahan-lahan, dengan penuh rasa cinta dan harapan.



Pembesar suara hanya dipinjam dari salah seorang penduduk, supaya suara azan boleh berkumandang di seluruh kampung. Tiada karpet mewah, tiada kipas angin, tetapi mereka tetap datang berjemaah setiap hari, tanpa mengeluh. Kini, melalui kempen ini, kita ingin bantu mereka mencapai impian mereka sepenuhnya. Apa yang kita ingin sumbangkan bersama:


1. Sistem pembesar suara yang lebih baik untuk azan dan khutbah

2. Karpet solat supaya jemaah dapat bersujud dengan lebih selesa

3. Bantuan ubah suai untuk jadikan rumah itu sebuah masjid yang sebenar


“Mereka tak minta masjid besar, hanya tempat yang layak untuk menyebut nama Allah bersama-sama.”



"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah walau sekadar sebesar sarang burung, maka Allah akan bina untuknya rumah di syurga." (HR. Bukhari & Muslim)



Mari kita sama-sama jadikan impian ini satu kenyataan. Dengan sedikit sedekah dari kita, mereka dapat solat dengan lebih tenang dan selesa, tanpa perlu berjalan jauh lagi. Satu speaker, satu karpet, satu langkah ke arah syurga. Jom bina pahala berpanjangan untuk kita, dan untuk mereka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 01, 2025

RAJA NORIZA BINTI RAJA ARIFFIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 29, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2025

Kempen Sumbangan Tamat