Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
TABUNG PEMBINAAN MASJID TAMAN SRI PUCHONG
Dimulakan pada Mar 24, 2023
RM21,757 / 43.51 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
414 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kempen ini bertujuan untuk pemgumpulan dana bagi membina masjid baru di Taman Sri Puchong. Pihak pemaju telah menyediakan tapak untuk pembangunan masjid manakala pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor telah memberi kelulusan pembinaan (Rujuk: JAI.Sel.BPM/01/018/1 JLD 3(5). Anggaran kos pembinaan adalah sebanyak RM5.5 juta.
Objektif kami adalah mencari dana pembinaan masjid sebanyak RM8.3 juta bagi keluasan tapak 49644 kaki persegi dan keluasan binaan lantai 24391 kaki persegi dan lengkap dengan infrastruktur. Masjid ini bakal dilengkapkan dengan dewan utama solat bagi menampung kapasiti 1500 jemaah.
"Sesiapa yang membina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan membina untuknya sebuah istana seperti itu di dalam syurga." (HR Bukhari dan Muslim)
Penduduk Taman Sri Puchong dengan segala hormat dan rendah diri memohon kepada anda semua untuk merealisasikan pembinaan Masjid Al-Muizz ini.
والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami