Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM365 / 1.22 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
26 Penyumbang
192 Baki Hari
Bayangkan... setiap hari mereka terpaksa berjalan berkilometer jauhnya hanya untuk membawa sebaldi air. Bayangkan juga, terpaksa menggunakan air kotor untuk memasak, membasuh, dan mandi kerana tiada pilihan lain. Inilah realiti yang dihadapi oleh ribuan keluarga di kawasan pedalaman yang masih tiada akses kepada air bersih.

Alhamdulillah, ASAR Humanity dengan sokongan para penderma telah membina lebih daripada 1,000 telaga air di seluruh negara. Setiap telaga yang dibina membawa perubahan besar, bukan hanya memberi air, tetapi juga memberi kehidupan.

Namun, hingga hari ini, kami masih menerima ratusan permohonan bantuan telaga air dari pelbagai kampung dan kawasan terpencil. Di sesetengah tempat, kedalaman telaga perlu mencapai 15 meter untuk mendapatkan air yang bersih dan selamat digunakan.

Untuk membina 1 telaga air lengkap dengan 2 bilik mandi dan 6 paip air, kami memerlukan sekurang-kurangnya RM15,000. Tahun ini, atas nama sumbangan.com, kami berjaya membina 2 telaga air hasil sumbangan ikhlas orang ramai. Alhamdulillah, setiap titisan air yang mengalir menjadi amal jariah yang tidak akan putus.

"Sedekah yang paling utama adalah memberi air." (HR. Ahmad)

Mari bersama kami dalam usaha ini. Setitis air yang anda dermakan hari ini, mungkin menjadi penyebab syurga untuk anda kelak. Bersama ASAR Humanity, mari hulurkan sedekah air bersih, dan bantu lebih ramai insan menikmati nikmat air seperti kita.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 21, 2025