TABUNG BINA SEMULA PUSAT TAHFIZ YANG TERBAKAR FASA 2

RM2,355 / 15.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

126 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bersama kami membantu Pusat Tahfiz ini demi keselesaan anak-anak kita untuk menguatkan Islam. Ayuh kita bantu!


Akademi Tahfiz Raudhatul Hidayah dan Pusat Tahfiz Darul Uloom Islamiyyah merupakan pusat pengajian tahfiz yang terletak di Bandar Sibu. Pusat Tahfiz ini telah beroperasi hampir 10 tahun dan telah melahirkan banyak pelapis yang celik Al-Quran dan mengembangkan agama Islam khususnya di Sarawak.



Kutipan yang disumbangkan oleh para dermawan kita pada Fasa 1 mendapat sambutan yang agak menggalakkan biarpun maish belum mencapai sasaran kempen.

Pada hujung tahun lepas, kedua-dua pusat tahfiz ini telah mengalami musibah kebakaran. Banyak sumbangan orang ramai yang telah digunakan untuk bina dan baiki pusat tahfiz ini. Namun, ianya masih tidak mencukupi. Oleh itu, pihak kami berusaha untuk membantu kedua-dua pusat tahfiz ini dalam mendapatkan dana tambahan bagi membaiki apa yang patut. Sasaran sebanyak RM7,500 akan diagihkan kepada setiap satu pusat tahfiz ini kelak untuk fasa kedua ini. 


Ayuh bersama kita menyebarkan kebaikan kempen ini agar ianya mencapai sasaran. Hal ini penting kerana di sini akan menjadi ladang ilmu kepada ratusan pelajar tahfiz di mana diari kehidupan mereka setiap hari adalah membaca, menghafal dan memahami isi Al-Quran dan hadis. Semoga pusat tahfiz yang melahirkan pelapis celik Al-Quran ini bakal diberi syafaat di akhirat kelak dan diberi ganjaran yang melimpah-ruah dari-Nya.


Keadaan pusat tahfiz tersebut yang terbakar, dan ketika ini mereka hanya dapat menggunakan tingkat bawah sahaja, tambahan, bagi pembaikan tingkat atas belum dapat dilaksanakan lagi.

Firman Allah SWT maksudnya: “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al Baqarah: 261)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMMAD FAHMI

Menyumbang sebanyak RM55.00

Jul 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat