PUSAT TAHFIZ YANG TERBAKAR RAYU UNTUK DIBINA SEMULA

RM865 / 17.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

34 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bersama kami membantu pusat tahfiz ini demi keselesaan anak-anak kita untuk menguatkan Islam. Ayuh kita bantu!


Akademi Tahfiz Raudhatul Hidayah dan Pusat Tahfiz Darul Uloom Islamiyyah merupakan pusat pengajian tahfiz yang terletak di Bandar Sibu. Pusat Tahfiz ini telah beroperasi hampir 10 tahun dan telah melahirkan banyak pelapis yang celik Al-Quran dan mengembangkan agama Islam khususnya di Sarawak.



Kutipan yang disumbangkan oleh para dermawan kita pada fasa 2 mendapat sambutan yang agak menggalakkan biarpun masih belum mencapai sasaran kempen.



Bilik sementara untuk anak tahfiz ini mengadakan kelas

Pada hujung tahun lepas, kedua-dua pusat tahfiz ini telah mengalami musibah kebakaran. Banyak sumbangan orang ramai yang telah digunakan untuk membina dan membaiki pusat tahfiz ini. Namun, ianya masih tidak mencukupi. Oleh itu, pihak kami berusaha untuk membantu kedua-dua pusat tahfiz ini dalam mendapatkan dana tambahan bagi membaiki apa yang patut. Sasaran sebanyak RM7,500 akan diagihkan kepada setiap satu pusat tahfiz ini kelak untuk fasa kedua ini. Setakat ini lebih RM5,000 berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai.


Sumbangan awal yang diberikan bagi menukar apa yang mustahak demi keselesaan mereka


InshaAllah kami menjangkakan bahawa sebelum berakhirnya tahun ini, segala urusan akan selesai dengan jayanya bagi memastikan anak-anak tahfiz kita ini berada dalam keadaan selesa untuk menuntut ilmu. Ayuhlah kita bersama dalam merealisasikan hasrat ini demi anak-anak kita yang berjihad di jalan Allah SWT.


Firman Allah SWT maksudnya: “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NUR NAJIHAH BINTI SAPIZAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 03, 2023

RAFIBAI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat