Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Feb 27, 2025

RAYUAN INFAQ BINA RUMAH TEMPAT BERLINDUNG ASNAF

RM18,457 / 36.91 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

516 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Infaq sekarang tuai hasil berganda di bulan Ramadhan dan terus mengalir berpanjangan. Ayuh, kita bantu bina rumah bukan sahaja untuk berteduh juga untuk privasi. Jom bantu!


Sumbangan anda akan membantu menambaik baik kediaman sedia ada yang layak dipanggil “rumah” iaitu tempat berdinding, ada bilik, dan mempunyai privasi. Bukan sahaja rumah untuk berteduh tetapi juga menjaga maruah.




Sebak melihat mereka sekeluarga tinggal di rumah yang tiada privasi. Mereka tinggal di Semporna (Sabah) tanpa rumah yang sempurna. Pada masa ini, Saudara Inttuk bin Jalhati, isteri dan anak-anak sekeluarga hanya mempunyai atap di atas kepala tanpa dinding yang sempurna untuk melindungi mereka atau bilik untuk dipanggil rumah.



Hasrat kami ialah untuk menyiapkan rumah ini awal Ramadhan. Tuan tanah juga telah memberikan kebenaran untuk keluarga ini menetap di sini dan untuk kami menambah baik rumah ini. Sumbangan anda akan digunakan untuk:


1. Memasang dinding dan tingkap

2. Membina sekurang-kurangnya 3 bilik tidur

3. Kerja-kerja pendawaian

4. Membeli peralatan dalam rumah seperti tilam, selimut, kipas dan sebagainya



Bersama-sama, kita boleh memberikan mereka sebuah rumah yang selamat dan terjamin. Infaq hari ini dan ubah kehidupan mereka!



Inilah sebaik-baik sedekah yang kita perlu kejar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (Sahih Muslim No. 1631)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2025

Kempen Sumbangan Tamat