Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM18,457 / 36.91 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
516 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sumbangan anda akan membantu menambaik baik kediaman sedia ada yang layak dipanggil “rumah” iaitu tempat berdinding, ada bilik, dan mempunyai privasi. Bukan sahaja rumah untuk berteduh tetapi juga menjaga maruah.

Sebak melihat mereka sekeluarga tinggal di rumah yang tiada privasi. Mereka tinggal di Semporna (Sabah) tanpa rumah yang sempurna. Pada masa ini, Saudara Inttuk bin Jalhati, isteri dan anak-anak sekeluarga hanya mempunyai atap di atas kepala tanpa dinding yang sempurna untuk melindungi mereka atau bilik untuk dipanggil rumah.

Hasrat kami ialah untuk menyiapkan rumah ini awal Ramadhan. Tuan tanah juga telah memberikan kebenaran untuk keluarga ini menetap di sini dan untuk kami menambah baik rumah ini. Sumbangan anda akan digunakan untuk:
1. Memasang dinding dan tingkap
2. Membina sekurang-kurangnya 3 bilik tidur
3. Kerja-kerja pendawaian
4. Membeli peralatan dalam rumah seperti tilam, selimut, kipas dan sebagainya

Bersama-sama, kita boleh memberikan mereka sebuah rumah yang selamat dan terjamin. Infaq hari ini dan ubah kehidupan mereka!

Inilah sebaik-baik sedekah yang kita perlu kejar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (Sahih Muslim No. 1631)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Assalamu'alaikum, untuk makluman para penderma untuk projek membina rumah yang lebih selesa untuk satu keluarga anak-beranak terpinggir di Lahad Datu, kerja-kerja membersih dan meratakan tanah sudah bermula. Insya Allah pembinaan rumah tersebut akan siap dalam masa 2 minggu.
Oleh kerana dana terkumpul tidaklah begitu banyak, namun alhamdulillah, cukup sekadar ada bumbung, dinding dan bilik air walaupun keseluruhan rumah akan dibina biasa sahaja dengan papan, plywood dan sebagainya.
Semoga Allah menggandakan pahala anda dan terus mengalir selagi rumah ini memberi manfaat untuk keluarga faqir dan terpinggir ini.

MOHD LUTFI NIJAR
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 02, 2025
ZULKIFLI BIN SALLEH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 02, 2025