Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM177,274 / 100.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM177,267
8535 Penyumbang
Kempen Berjaya
Jumlah pelajar kami adalah seramai 35 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan yang sedang mengikuti pengajian hafazan di sini. Alhamdulillah semenjak penubuhan, maahad kami telah dapat melahirkan 33 orang Huffaz Al-Quran 30 juzuk lelaki dan perempuan.
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Anak-Anak Tahfiz Bersemangat Nak Jadi Penghafal Al-Quran.
Pelajar tahfiz di sini semangat berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafal Al-Quran. Jauh dari sudut hati, dengan kesungguhan mereka ini cubalah anda nilai. Sepatutnya mereka ini sewajarnya diberikan kemudahan tempat belajar yang lebih selesa dan luas seperti tahfiz yang lain.
Buat masa ini pelajar lelaki sedang mengikuti pengajian di bangunan waqaf di atas tanah waqaf MAIS berkeluasan 1 ekar yang mengandungi bangunan surau, kelas dan asrama yang boleh memuatkan sehingga 60 orang pelajar. Bagi pelajar perempuan pula, pihak maahad telah menyewa 1 lot tanah dan rumah yang dijadikan kelas dan asrama pelajar yang boleh menampung seramai 20 orang pelajar tahfiz.
Alhamdulillah kami telah diberi tanah wakaf MAIS seluas 2 ekar di Kampung Bukit Kuching, Jeram Selangor iaitu 1KM dari lokasi sekarang dan bercadang untuk membina kompleks tahfiz yang lebih besar dan selesa yang boleh menampung sehingga 300 orang pelajar tahfiz.
Cadangan pembinaan kompleks tahfiz baru kami adalah diatas tanah wakaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pembinaan merangkumi beberapa fasiliti seperti:
1. Masjid
2. Asrama pelajar
3. Kelas pengajian
4. Dewan makan
5. Padang permainan / riadah
6. Rumah guru dan kakitangan
Jadi, dengan anggaran dana yang kami perlukan sekarang iaitu sebanyak RM100,000 mampu memberi impak besar kepada pembinaan kompleks tahfiz di sini.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 31, 2023
NOOR HIDAYAH MOHD ARIS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 31, 2023
SUKAYLIZA BT ABD.RAZAK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 31, 2023