Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM275 / 9.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
23 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kempen pertama yang kami lancarkan belum memenuhi kos membina tandas dan telaga untuk Maahad Ainul Yaqin. Maahad ini dibina pada tahun 1989 di Masjid Ainul Yaqin Padang Kudo Batagak, Jorong Sawah Liek, Nagari Batagak, Kecamatan Sungai Pua, Kabupaten Agam, Sumatera Barat. Seramai 50 pelajar duduk dan mendiami maahad ini. Situasi menyedihkan apabila melihat keadaan bilik air asrama tiada pintu. Jika hendak membasuh, mereka menutup pintu dengan kain panjang dan mereka membasuh bersama-sama. Keterbatasan ini menyebabkan pelajar terpaksa beratur dan bersabar jika ingin ke tandas.
Tuan-tuan dan puan-puan, kami ingin menjemput tuan-tuan untuk sama-sama membina telaga wuduk untuk pelajar maahad tahfiz. Kami masih memperlukan dana sebesar RM20,000, untuk menyara 1 kawasan wuduk dan tandas. InshaAllah sumbangan anda akan mewujudkan sumber air bersih iaitu pembinaan tandas dan ruang wuduk pelajar tahfiz di maahad ini.
Sekiranya pembinaan tempat wuduk Maahad Ainul Yaqin telah dibiayai oleh pihak lain, maka sumbangan anda akan dibangunkan untuk tempat wuduk maahad yang lain. Jika hal ini terjadi, kami akan memaklumkan nama maahad yang baru untuk dibina.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan!
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamduliah, program bina pulih area wuduk dan tandas Maahad Ainul Yaqin telah berjaya dilaksanakan. Kini pelajar maahad boleh bebasuh dengan menjaga kehormatan mereka di tempat tertutup. Proses pembinaan mengambil masa yang agak lama iaitu sehingga lebih kurang 2 minggu disebabkan keadaan yang agak jauh dari pusat bandar dan hujan terus turun dan tidak menentu.
Pelajar Maahad amat berterima kasih atas bantuan membina kawasan wuduk dan tandas, kerana sehingga kini mereka menggunakan kawasan tandas yang tidak patut. Hal ini disebabkan Mahaad tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengubah suai kawasan wuduk dan tandas.
Barakallahu fiikum Tuan-tuan dan puan-puan, telah siap dibina tandas Maahad Ainul Yaqin dan tasik wuduk yang diamanahkan. Terima kasih banyak atas sumbangan dan kemurahan hati anda. Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan buat tuan sekeluarga. Dan semoga sumbangan ini menjadi pahala jariyah atas anda, bayangkan 186 orang yang terdiri dari pelajar, asatidz dan pentadbir maahad yang akan mendapat keselesaan dalam menyucikan diri. Amin ya Rabb. Jazakumullah khairan.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan, mohon doanya semoga pembinaan tandas dan telaga wuduk Maahad Ainul Yaqin yang telah anda amanahkan segera wujud. Terima kasih banyak atas sumbangan dan kedermawanan anda. Semoga Allah SWT limpahkan rezeki dan keberkahan yang berlipat ganda kepada anda serta keluarga. Aamiin. Jazakumullah khairan.
Perkembangan Pembinaan Tandas dan Telaga Wuduk Maahad Ainul Yaqin
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2023