ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Mar 08, 2024

INFAQ PEMBINAAN TELAGA WUDUK AIR BERSIH MUSALA AL HIJRAH

RM382 / 12.73 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

23 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Masih kurang RM18,000 untuk membina telaga wuduk, jom maksimalkan amalan shalih jariyah di bulan akhir Syaaban untuk wujudkan telaga air bersih bagi kanak-kanak dan jamaah Musala Al Hijrah!


"Oleh itu bertakwalah kepada Allah sedaya upaya kamu dan dengarlah serta taatlah (perintahNya). Dan nafkahkanlah harta kamu untuk kebaikan diri kamu. Dan sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh sifat bakhil, maka mereka itulah orang yang berjaya." (Surah at-Taghaabun: 16)



Di penghujung bulan Syaaban yang mulia ini, marilah kita bersama-sama membawa kebaikan dengan menyambut Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Melalui tangan yang baik dan dermawan, kami telah berjaya mengumpul ⅓ daripada dana yang diperlukan untuk membina Telaga Wuduk Musala Al Hijrah.



Namun, perjalanan kami masih jauh dari tamat. Masih banyak langkah yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat akhir. Dengan rasa rendah diri, kami sekali lagi meminta saudara dan saudari untuk terus menyokong misi suci ini.



Setiap sumbangan yang anda berikan amat bermakna dalam mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk penduduk kampung ini. Dengan setiap sumbangan, bermula dari hanya RM10, anda boleh menjadi sebahagian daripada perubahan sebenar. Sumbangan anda akan menjadi pelaburan dalam kebersihan, kesihatan dan keselesaan untuk anak-anak dan seluruh jemaah Musala Al Hijrah.


Sehingga kini, penduduk kampung bergantung kepada air hujan yang mereka kumpul di kolam tanah untuk keperluan harian mereka. Namun, air di kolam sering kotor malah dicemari jentik-jentik nyamuk sehingga menjadi sarang pelbagai kuman, bakteria dan penyakit.



InshaAllah, Asar Humanity berkomitmen untuk menguruskan dana secara telus dan bertanggungjawab. Kami tidak dapat mencapai matlamat ini tanpa bantuan dan doa anda semua. Dengan izin Allah SWT dan sokongan anda semua, impian kami untuk membina Telaga Wuduk Musala Al Hijrah akan menjadi kenyataan yang memberi manfaat kepada ramai orang.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 13, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2024

DOLL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2024

Kempen Sumbangan Tamat