Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM410 / 13.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
32 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sokong program pembangunan telaga masjid dan tempat wuduk di Pusat Belajar Ngaji Ashabul Kahfi bersama ASAR Humanity. Sahabat dermawan yang dirahmati Allah, setiap hari kita berwuduk dengan air bersih sebelum menunaikan solat, tetapi tidak semua saudara kita di masjid-masjid dan pusat belajar mengaji memiliki kemudahan seperti itu.

Di Pusat Belajar Ngaji Ashabul Kahfi, para jemaah dan pelajar menghadapi kesulitan besar untuk berwuduk. Mereka terpaksa menggunakan air keruh yang ditampung dari sawah, yang jauh dari layak untuk digunakan bagi ibadah. Lebih menyedihkan lagi, tempat wuduk yang ada tidak mempunyai ruang tertutup atau dinding, sehingga mereka harus berwuduk di tempat yang terbuka dan tidak selesa.

Kita boleh membantu mengubah keadaan ini. Dengan membangun telaga air bersih dan bilik wuduk, kita dapat mempermudah saudara-saudara kita untuk menunaikan ibadah dengan lebih khusyuk dan selesa. Setiap titisan air bersih yang kita sediakan akan menjadi pahala jariah yang terus mengalir selama tempat itu digunakan.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261:
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui."

ASAR Humanity mengajak kita semua untuk turut serta dalam program ini. Sumbangan anda, walau sedikit, akan sangat membantu membangun telaga air bersih dan bilik wuduk yang layak bagi saudara-saudara kita yang memerlukan. Bantuan kita akan menjadi sumber keberkahan bagi mereka yang berjuang untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Mengalirkan Harapan, Menyucikan Kehidupan
Alhamdulillah, ASAR Humanity telah berjaya menghantar bantuan air bersih untuk sebuah Pusat Quran dan penduduk sekitar di kawasan pedalaman Jawa Barat.

Di kawasan ini, air yang tersedia agak keruh dan memerlukan penapis untuk boleh diminum. Kadangkala, sumur yang menjadi sumber air utama juga tidak menghasilkan air yang bersih, memaksa para pelajar dan penduduk untuk mencari air bersih di sungai yang jauh.

Kami menggunakan perahu kecil untuk menghantar air bersih kepada mereka. Alhamdulillah, kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak dan penduduk setempat.
Semoga usaha kecil ini dapat menjadi langkah awal untuk membina telaga air bersih yang lebih baik dan berterusan di kawasan ini.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah bersama ASAR Humanity dalam membawa air bersih, harapan dan senyuman untuk komuniti ini.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Air Bersih untuk Maahad dan Warga Kampung Blukbuk
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, ASAR Humanity berjaya menghantarkan 8,000 liter air bersih untuk Maahad Ashabul Kahfi dan warga Kampung Blukbuk di bekasi yang masih menghadapi kesulitan mengakses air bersih, meskipun kini sedang musim hujan.

Warga menyambut penuh kegembiraan atas bantuan ini dan mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang telah menyokong misi ini.

Jom teruskan perjuangan ini untuk membantu lebih ramai lagi yang memerlukan!
https://sumbangan.com/sedekahloriairbersihuntukasnaf2
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
#ASARHumanity
#AirUntukSemua
TAN SUE MEI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 05, 2024
RABIATUL ADAWIAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Nov 05, 2024