RUMAH YATIM ARROHMAN

Dimulakan pada Oct 09, 2025

MISI MEMBANTU PEDAGANG KECIL DI INDONESIA

RM90 / 0.18 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

8 Penyumbang

75 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Peniaga kecil ini bukan mahu kaya, cuma mahu teruskan hidup. Hulurkan tangan, ringankan beban mereka. Ayuh jadi sebahagian daripada misi ini!


Tanpa tempat berniaga yang tetap, mereka hanya mampu melangkah dari satu kawasan ke kawasan lain, menjual apa yang ada demi mencari rezeki.



Dengan setiap langkah, mereka berharap barang jualan laku. Malangnya, pembeli untuk barangan mereka sentiasa sedikit. Bukan perkara luar biasa bagi mereka terpaksa menahan lapar sehingga barangan itu terjual.


Sedih, tetapi itulah yang terpaksa dilalui Hafidi. Budak sekolah rendah itu yang perlu berjuang untuk makan dan bersekolah sering terkena hujan semasa berdagang.



“Kalau saya tak jual apa-apa, siapa yang nenek dan adik saya nak makan?” katanya perlahan.


Berhenti sekolah adalah salah satu pengorbanan yang dibuat Hafidi demi kelangsungan hidup. Begitu juga dengan Dimas. Remaja 17 tahun ini terpaksa menjual ikan dari rumah ke rumah untuk sesuap nasi.



Bukan sahaja kanak-kanak, malah warga emas yang tinggal sendirian turut mengalami nasib yang sama. Kelaparan sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian mereka. Lebih memilukan, pada usia yang sepatutnya dinikmati dengan tenang, mereka masih terpaksa bekerja untuk meneruskan hidup.




Dengan hasil sumbangan yang diterima, kami akan membantu membeli barangan jualan mereka dan mengagihkannya kepada mereka yang memerlukan. Dengan cara ini, para peniaga kecil ini dapat pulang lebih awal dan menggunakan hasil jualan tersebut untuk membeli keperluan harian mereka sendiri. Sumbangan anda bukan sekadar membantu, tetapi memberi mereka peluang untuk berehat dan hidup dengan lebih tenang.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2025

HA

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 31, 2025