PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL IHKLAS

Dimulakan pada Sep 04, 2023

BAHAWALPUR PAKISTAN DILANDA BANJIR

RM70 / 0.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan kilat bencana alam Bahawalpur Pakistan. Jom bantu mereka!


Umat Islam di Bahawalpur Pakistan dilanda banjir yang teruk susulan ancaman banjir. Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) melaporkan bahawa kira kira 18 kampung di sekitar sungai Sutlej kini dilanda banjir yang teruk dan tiga kampung telah 90 peratus dipidahkan buat masa sekarang. 



Dalam bencana ini telah meragut nyawa lebih kurang 15 orang, dan ada yang kehilangan tempat berteduh iaitu rumah mereka roboh akibat banjir itu. Banyak di antara mereka yang terputus sumber makanan minuman dan keperluan harian dan sekarang mereka amatlah memerlukan bantuan dari seluruh negara.



Kejadian ini berlaku awal bulan Ogos lalu sehinggalah sekarang. Bantuan yang diterima amatlah sedikit dan sehingga saat ini, ramai yang hanya mampu berteduh di bawah pokok sahaja. Ternakan dan tanaman mereka juga semua rosak akibat banjir. Mereka kehilangan sumber pendapatan. Sedih melihat kanak kanak dan warga emas kelaparan. Kami dari Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas terpanggil untuk bersama-sama rakyat Malaysia membantu umat Islam di Pakistan yang dilanda musibah. Semoga dengan sedikit bantuan dari sahabat semua dapat meringankan bebanan mereka. 



Gambar di atas ini adalah kawasan perkampungan, tetapi bagaikan sungai atau tasik yang besar akibat banjir tersebut. Hati siapa tidak tersentuh melihat apa yang mereka tepaksa lalui. Di sini kami amatlah berbesar hati sekiranya rakyat Malaysia dapat membantu Rakyat Pakistan yang di dalam kesusahan. Marilah kita membantu sesama insan. 




مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2023

NIKIFLI

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2023

Kempen Sumbangan Tamat