Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Oct 29, 2025
RM725 / 24.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
37 Penyumbang
75 Baki Hari
Komuniti yang prihatin, mari kita bersama-sama menjayakan kempen sumbangan bahan mentah berkhasiat untuk anak-anak tahfiz di seluruh negara. Anak-anak ini adalah permata ummah, yang siang malam meluangkan waktu menghafal dan mendalami kitab suci Al-Quran. Demi memastikan mereka dapat terus fokus dan cemerlang dalam hafalan serta pembelajaran. Justeru, nutrisi yang baik adalah amat penting.

Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan pelbagai nutrisi penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak, termasuk protein berkualiti tinggi yang penting untuk perkembangan otot dan sel-sel tubuh. Vitamin dan Mineral yang mengandungi Vitamin A, D, E, B12, zat besi, zink, dan kolin yang penting untuk fungsi otak dan sistem imun. Kolin iaitu nutrisi penting untuk perkembangan otak dan daya ingatan yang sangat penting bagi penghafal Al-Quran.

Matlamat kempen ini adalah menyediakan bekalan bahan mentah berkhasiat secara berkala kepada pusat-pusat tahfiz yang memerlukan serta meningkatkan tahap kesihatan dan daya tumpuan anak-anak tahfiz dalam proses pembelajaran dan hafalan al-Quran.



Setiap sumbangan anda, sekecil mana pun, akan memberikan impak yang besar dalam kehidupan anak-anak tahfiz ini. Dengan nutrisi yang baik, mereka akan lebih bersemangat dan fokus dalam menghafal kalamullah, sekaligus menjadi aset berharga bagi agama, bangsa, dan negara di masa hadapan.
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." (HR. Bukhari)
Jom #BuaBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HASBULLAH HUSSEIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 10, 2025
MOHD FUAD BIN ABDUL HAZIZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 10, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 10, 2025