PERTUBUHAN RAUDHAH RIZQ

Dimulakan pada Nov 13, 2023

KEPERLUAN ALAT TULIS UNTUK ANAK-ANAK ASNAF DI SEMENANJUNG DAN SABAH

RM50 / 0.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan kit alat tulis untuk anak asnaf dan yatim di Semenanjung dan Sabah bagi memberi semangat buat mereka terus menuntut ilmu sehingga dapat mengubah nasib keluarga menjadi lebih baik. Jom bantu!


Tidak semua anak-anak yang bersekolah mempunyai kelengkapan sekolah yang lengkap. Pasti akan ada kelengkapan yang tidak cukup sama ada dari segi pakaian, kasut sekolah mahupun peralatan alat tulis. Lebih-lebih lagi anak-anak yang datang dari keluarga yang tidak berkemampuan untuk menyediakan keperluan ini buat anak mereka.



Kita sebagai ibu bapa juga rasa sedih dan kesal kerana tidak dapat menyediakan keperluan yang secukupnya buat mereka. Hal ini terjadi bukan sebab sengaja dan merasa barang keperluan sekolah tidak penting, tetapi, keadaan keluarga yang tidak mengizinkan yang menjadi sebab ibubapa tidak dapat membeli dan menyediakan keperluan sekolah buat anak-anak.



Hal ini menyebabkan anak-anak ini tidak bersemangat untuk ke sekolah untuk belajar dengan pakaian sekolah tidak seberapa dan alat tulis pun kadang terpaksa meminjam dengan kawan yang ada. Oleh itu, disebabkan hal sebegini terjadi, Pertubuhan Raudhah Rizq mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak ini dengan memiliki kit keperluan alat tulis seperti pensil, pen, pemadan, pengasah pensil, pembaris, buku tulis, bekas pensil dan beberapa barang yang lain. Bantuan seperti ini tidak asing lagi bagi pertubuhan kami kerana kami telah jalankan kempen seperti ini pada tahun lepas.



Target kami ingin memberi sumbangan kepada 1000 orang pelajar di Semenanjung dan Sabah dengan anggaran kos RM30 bagi setiap pelajar. Jadi kutipan sumbangan yang kami perlukan adalah RM30,000. Jumlah RM30,000 ini memang sangat banyak tetapi dengan hasil sumbangan dan bantuan dari semua pihak inshaAllah kita dapat sama-sama membantu anak-anak ini dan dapat mengembirakan hati mereka. Betapa gembiranya kita, apabila melihat mereka tersenyum menerima kit alat tulis ini.



Penyerahan sumbangan kit alat tulis kepada pelajar Madrasah Al-Khairiyyah, Kota Belud Sabah pada tahun 2022


Jom bantu mereka dengan hanya menyumbang RM30 sahaja untuk satu kit. Jika bukan kita, siapa lagi yang ingin membantu mereka. Ingatlah, duit tidak dapat membawa kita kemana-mana, tetapi amal ibadah yang akan ekori kita apabila kita sudah tiada.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Nov 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat