Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Feb 16, 2023

DANA FISABILILLAH PPIM BUAT ATLET MEMANAH

RM335 / 3.35 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

InshaaAllah dengan persiapan yang rapi dan menyeluruh mampu memberi saingan hebat serta mengharumkan nama negara dengan membawa pulang kemenangan demi agama bangsa dan negara. Ayuh kita bantu!


Sukan sunnah memanah tradisional sudah lama berada di dalam negara ini sejak sepuluh tahun yang lalu di mana kebanyakan pemanah kita membuat busur sendiri menggunakan bahan dari paip PVC. Apabila pembuat busur tersohor iaitu Pok Zul dari Terengganu menghasilkan busur yang diperbuat daripada fiber, kita dapat melihat penambahan ahli memanah tradisional semakin cepat berkembang. Sehingga kini, ratusan buah busur perlu dihasilkan dalam tempoh sebulan bagi menampung permintaan yang tinggi dari seluruh negara.




Sejak dari lima tahun lepas, kite mempunyai ramai pemanah yang berkebolehan bersaing di peringkat antarabangsa. Pemanah tempatan sudah berani menyahut cabaran dari kejohanan yang pernah dianjurkan dari negara luar seperti China, Macau, Kyrgyzstan, Turki, Hungary, Thailand dan Indonesia. Mereka antara yang telah berhabis-habisan mengorbankan kewangan, masa bersama keluarga, dan kesihatan demi membawa nama Pemanah Tradisional Malaysia ke pentas antarabangsa.




Amat membanggakan apabila ramai pemanah pemanah tempatan berjaya membuktikan kemampuan kita di mata dunia dengan membawa pulang pingat serta mengharumkan nama negara. Namun, semua ini tidak mampu dicapai tanpa sokongan antara pemanah pemanah dan pihak pihak tertentu.





Oleh kerana kos yuran penyertaan, pengangkutan dan penginapan yang semakin tinggi di Turki, Atlet Memanah Tradisional Malaysia terpaksa mengambil keputusan tidak menyertai. PPIM berbesar hati membantu mencarikan dana demi melihat anak Malaysia mengharumkan nama negara. Mudah-mudahan dengan hasil sumbangan ini dapat memberi peluang kepada atlet negara beraksi sekali lagi di bumi Al Fateh, Istanbul Turkiye inshaaAllah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2023

NORFAEZAH BINTI ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat