PROGRAM BUBUR ASYURA 10 MUHARAM

Dimulakan pada:
02 Aug, 2022
PROGRAM BUBUR ASYURA 10 MUHARAM
30.00%
RM900
/RM3,000
60
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

BERSAMA KITA RAIKAN 10 MUHARRAM/8 OGOS INI DENGAN BERKONGSI RASA DAN REZEKI DENGAN SEDIKIT HIBAH DARI KITA BUAT MEREKA DILUAR SANA, SEMOGA SETIAP SUAPAN ITU ALLAH GANTI DENGAN LIMPAHAN RAHMAT-NYA

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Bersempena dengan 10 Muharram 1444 Hijrah bersamaan dengan 8 Ogos 2022 iaitu hari Isnin, Pihak Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat dengan ini mengambil sedikit inisiatif dalam menyambut dan meraikan hari ini dengan menganjurkan aktiviti bubur Asyura.

Pihak Persatuan membuka ruang kepada semua Insan diluar sana untuk turut sama dengan persatuan dalam berkongsi rasa dan rezeki kepada masyarakat, para pelajar, serta komuniti setempat menerusi Program Infaq Hibah - Program Bubur Asyura. Semoga menerusi hibah yang kita salurkan ini dapar dirasai oleh lebih ramai insan diluar sana, dan setiap suapan yang dirasai menerusi sumbangan kita, Allah gantikan dengan ganjaran yang tidak terkira.

Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

15 Aug 2022

Alhamdulillah syukur, berkat sumbangan yang diperolehi, Program Bubur Asyura berjalan dengan lancar, dan telah diedarkan kepada beberapa Tahfiz dan masyarakat.

Semoga usaha murni ini mendapat Rahmat Allah dan dikurniakan rezeki yang berpanjangan buat para penyumbang sekalian,

In Shaa Allah,

Amin Ya Allah Ya Mujib.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 07, 2022
ARIF ZIKRI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 07, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SOKONG PAKEJ MAKANAN UNTUK WARGA EMAS KURANG MAMPU
SEDEKAH BERAS BUAT WARGA EMAS DHUAFA
BANTU MAK IPAH MEMBAIKI RUMAH ROBOH
BANTU PERSEDIAAN ANAK YATIM UNTUK BEKERJA
JANGAN BERHENTI HULURKAN BANTUAN AIR BERSIH UNTUK PALESTIN
Kempen Sumbangan Tamat