MEMBUKA REZEKI UNTUK ASNAF

RM475 / 15.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama sama bantu golongan asnaf keluar dari kesusahan mereka dengan menyumbang kanopi bagi memulakan perniagaan. Mari kita bantu meningkatkan ekonomi mereka!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Umum tahu kini adalah masa yang amat struggle untuk kita mencari rezeki selepas selesai era pandemik, apatah lagi asnaf yang ketiadaan modal untuk berniaga. Kemahuan mencari rezeki sahaja tidak cukup kalau tidak ada peralatan atau barang untuk mencari rezeki atau berniaga. Semua ini memerlukan kos yang bukan sedikit dari mereka, apatah lagi menyediakan keperluan lain.



Antara yang paling ketara terkesan mengalami situasi ini adalah ibu tunggal yang membesarkan anak-anak yang ramai, malah ada anak-anak mereka yang terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja demi membantu ibu mencari rezeki.


Ikrar Bantu pernah membantu, namun ramai lagi yang memerlukan kanopi untuk berniaga.Maka kali ini Ikrar Bantu menggerakkan kempen untuk membelikan kanopi untuk asnaf mula berniaga. Ikrar Bantu bercadang membeli 15 kanopi, dimana setiap satunya bernilai RM200. Oleh itu, RM3000 diperlukan menjalankan kempen ini.






Ajaran Islam menuntut umatnya agar mengambil peduli terhadap kebajikan orang lain tanpa mengira sama ada mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kita ataupun tidak. Perkara tersebut berdasarkan firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Ma'idah ayat 2 yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan."



Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa' ayat 36 yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri."


Semoga kita sama-sama dapat membantu, jazakallahu khairan kathira.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2022

Kempen Sumbangan Tamat