ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 16, 2025

BUKU DAN PERALATAN BELAJAR UNTUK ANAK ANAK SEKOLAH TERPINGGIR

RM418 / 2.79 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari bersama kita ambil peluang ini untuk berwakaf ilmu, memberikan anak-anak ini bukan hanya alat tulis tetapi juga harapan. Setiap sumbangan anda adalah benih perubahan.


Di sebalik kemajuan dan teknologi hari ini, masih ada anak-anak di pelosok negara yang hidup dalam serba kekurangan. Jauh dari pusat bandar, jauh dari sekolah yang lengkap dan bantuan yang memadai. Mereka masih belajar di sekolah kecil berdinding papan, duduk di bangku yang sudah usang, dengan kelengkapan sekolah yang sangat terhad.



Kami melihat sendiri anak-anak ini tetap bersemangat ke sekolah setiap pagi, walaupun perlu berjalan kaki sejauh beberapa kilometer melalui jalan tanah merah dan berbatu. Mereka hadir bukan kerana disuruh, tetapi kerana tahu ilmu adalah harapan satu-satunya untuk mengubah masa depan mereka dan keluarga.


Namun, bagaimana mereka mahu terus melangkah jika buku pun tidak cukup, beg sekolah sudah koyak, dan alat tulis perlu dikongsi? Realitinya, sebahagian daripada mereka menulis di kertas yang dikitar semula, dan ada yang menyimpan buku sekolah dalam plastik kerana tidak mampu membeli beg.



Di ASAR Humanity, kami percaya setiap anak-anak ini berhak untuk bermimpi besar dan mempunyai peluang yang adil untuk belajar. Maka kami melancarkan kempen Sumbangan 1000 Buku dan Kelengkapan Sekolah sebagai tanda prihatin kita terhadap masa depan mereka.


Melalui kempen ini, kita ingin menghantar:


1. Buku latihan dan buku bacaan berkualiti

2. Alat tulis seperti pensel, pemadam, pembaris dan pen

3. Beg sekolah yang kukuh dan sesuai untuk kegunaan harian

4. Kotak pensil, botol air dan barangan asas lain untuk keperluan mereka


Sumbangan ini bukan sekadar alat pembelajaran. Ia adalah isyarat bahawa mereka tidak dilupakan. Bahawa masih ada masyarakat yang peduli dan ingin melihat mereka berjaya.



Kita tidak tahu siapa mereka akan jadi suatu hari nanti. Mungkin seorang doktor yang membantu kampungnya, mungkin guru yang kembali mendidik anak-anak di sekolah yang sama, mungkin pemimpin yang membawa perubahan. Tapi semua itu bermula dari satu buku dan satu pensel.


“Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHD SYAHEZAN BIN ABU HASHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 18, 2025

ISKANDAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 18, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 18, 2025

MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 18, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 17, 2025

Kempen Sumbangan Tamat