Sertai kami untuk menyokong operasi tahfiz. Sumbangan diperlukan bagi menampung bil, elaun guru, dan fasiliti. Jom bantu!
Pihak Pengurusan Akademi Tahfiz Hidayatul Quran Annur Sibu, Sarawak ingin membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai Program Bantuan Tetap Bulanan Operasi ATHQAN Sibu.
Untuk makluman, ATHQAN Sibu beroperasi dengan baik, namun di pihak pengurusan operasi tahfiz belum mempunyai dana tetap bagi menampung kos-kos operasi bulanan. Kakitangan pengurusan dan guru-guru di ATHQAN sedia berkhidmat menggerakkan misi melahirkan generasi penghafal al Quran di Sibu Sarawak khususnya.
Antara tujuan utama kutipan sumbangan ini diperlukan adalah untuk menampung:
1. Pembayaran Bil Utiliti (elektrik, air dan internet)
2. Elaun Guru-guru dan Staf Pengurusan Tahfiz
3. Keperluan semasa Fasiliti Tahfiz.
Program Bantuan Tetap Bulanan Operasi ATHQAN Sibu ini dibuka kepada sesiapa sahaja dan jumlah sumbangan adalah mengikut kemampuan dan keikhlasan para sedekah.
Semoga dengan wujudnya program ini, ATHQAN SIBU dapat bergerak maju ke hadapan dengan lebih lancar tanpa diselubungi dengan masalah kewangan. Juga diharapkan dengan beroperasinya program ini, para sedekah semua dikurniakan pahala seiring dengan pahala penghafal Al-Quran dan dilipatkan gandakan rezeki oleh Allah SWT.
"Selangkah Melahirkan Generasi Penghafal Al-Quran"
Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada penggerak ATHQAN SIBU, marilah bersama mengambil bahagian dalam program ini. Sebarang pertanyaan dan info lanjut boleh menghubungi admin ATHQAN Sibu iaitu Puan Nurul Wong di nombor talian 01165628788. Mohon kongsi seramai mungkin sehingga misi ini berjaya.
Jom #BuatBaik!