Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN BERGERAK AMAL KEBAJIKAN TARBIAH INSAN SABAH (BAKTI)
Dimulakan pada Apr 16, 2025
RM652 / 4.35 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kami di Pertubuhan Bakti Sabah terpanggil untuk menjalankan kempen Bantuan Kecemasan Mangsa Kebakaran di Kg Balimbang Berjasa Pulau Bum-Bum Semporna, Sabah. Di mana mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan. Justeru itu, marilah kita bersama-sama berkongsi rezeki membantu bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung.

Sebanyak kira-kira 9 buah rumah musnah terbakar dalam kejadian kebakaran rumah yang berlaku di kampung tersebut.
PENGISYTIHARAN PEMBUKAAN PPS DAERAH SEMPORNA
Tarikh: 16/04/2025 (Rabu)
Masa: 4.40PM

Selaras dengan pandangan dan cadangan daripada Jawatankuasa Bencana Daerah Semporna, adalah dengan ini saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Semporna mengisytiharkan bahawa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti berikut:
PPS: Dewan Balimbang Pulau Bum-Bum
Tarikh Tutup : 22/04/2025 (Rabu)
Masa: 2PM
Jumlah Ptb: 78 Mangsa (Anggaran)
Jumlah Kir: 9 Kir
Bantuan yang akan diberikan adalah barangan keperluan asas kepada pengurusan mangsa kebakaran di kampung tersebut. Kami menganggarkan sebanyak 78-80 penerima manfaat. 1 keluarga akan mendapat barangan keperluan bernilai RM500 seperti:
1. Tilam
2. Pakaian harian seperti baju dan seluar
3. Barangan mandi
4. Khemah
5. Barangan makanan asas

Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh. Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah SWT pula menghapuskan sikap sombong dan bangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."
(Hadis Riwayat Tabrani)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
KHAIRIL MUZZAMMIR BIN ABDULLAH SANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 18, 2025
ZAHIDAH IZYAN
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Apr 18, 2025