KL GARAGE CLUB

Dimulakan pada Oct 31, 2025

PROGRAM CHARITY RIDE MENYANTUNI MASYARAKAT SIK KEDAH

RM35 / 0.18 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

2 Penyumbang

44 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Sertai kami dalam menjayakan Charity Ride, demi senyuman 150 wajah yang menanti. Sumbangan anda besar maknanya untuk mereka.


Kelab permotoran Harley Davidson Kinsmen MG akan menganjurkan satu program kebajikan bertemakan “Charity Ride” yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Disember 2025 bertempat di Madrasah Baituttaqwa Warrahmah, Kg. Durian Burung, Sik Kedah D.A.



Program ini akan menyantuni kira-kira 150 orang penerima manfaat, terdiri daripada pelajar-pelajar madrasah, warga emas dan penduduk kampung yang hidup dalam serba kekurangan.



Beberapa aktiviti akan diadakan demi membawa keceriaan dan semangat baru kepada mereka seperti:


1. Gotong Royong

2. Rewang bersama penduduk kampung

3. Sesi ramah mesra

4. Sukan rakyat



Semoga usaha ini dapat menyemai nilai kasih sayang dan kepedulian agar mereka tahu masih ada insan yang mengambil berat dan sudi bersama mereka walau seketika.



Sehubungan dengan itu, kami dengan penuh rendah hati memohon jasa baik dan sumbangan daripada para penyumbang untuk menjayakan program ini.


Walau sekecil mana pun bantuan yang dihulurkan, ianya amat bermakna buat mereka yang memerlukan. Semoga keprihatinan dan kemurahan hati anda menjadi asbab keberkatan dan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 03, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2025