ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 23, 2022

MENDEKAT KEPADA RASUL DENGAN BERBAGI MAKANAN UNTUK ANAK YATIM

RM4,245 / 53.06 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

274 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Menyambut momen Malidur Rasul tahun ini, mari wujudkan cinta kita kepada Rasulullah dengan memberikan bantuan makanan kepada anak yatim. Ayuh bantu kami!


Allahumma salli 'ala muhammadin 'abdika warasulika nabiyyi ummiyyi wa'ala aalihi wasahbihi wasallim. Tuan dan Puan pahlawan kebaikan sekalian. InshaAllah sebentar lagi kita akan memasuki bulan Rabiul Awal. Di bulan ini lah kita mengetahui bahawa Baginda Rasulullah dilahirkan, tepatnya pada tanggal 12 Rabiul Awal.


Memaknai Maulid Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam termasuk amalan salih yang mana hal itu adalah bentuk rasa cinta dan rasa syukur atas berkat Allah Saw mengutus Nabi Saw sebagai rahmat umat manusia serta seluruh alam semesta. Rasa cinta ini termasuk dari pada dasar keimanan. Hal ini tercantum dalam ayat suci Al-Quran surah At-Taubah ayat 128:



Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (At-Taubah 9:128)



Sebagai orang yang beriman, sudah tentu kita ingin menjadi hamba yang dapat berkumpul di syurga kelak bersama Rasulullah. Bagaimana kita mendekatkan diri kepada Rasulullah?


Ada satu cara yang insyaAllah boleh kita lakukan. Sebagaimana Sahl bin Sa'ad meriwayatkan bahawa: Rasulullah saw bersabda: "Aku dan penanggung anak yatim berada di dalam syurga seperti dua ini." Dan baginda menunjukkan dengan jari-jarinya, iaitu telunjuk dan jari tengahnya.

(Jami` at-Tirmidzi 1918)



MashaAllah. Cuba bayangkan betapa dekat kita dengan Rasulullah di syurga jika kita menyayangi anak yatim. Dalam momentum Maulidur Rasul ini, mari kita dekatkan diri kepada Nabi Muhammad Saw dengan mencurahkan kasih sayang kepada orang yang dicintai Nabi iaitu anak yatim. Berderma sebahagian harta anda untuk mereka. Kecil atau besar, sedikit atau banyak tak jadi persoalan.


Sumbangan dari anda inshaAllah akan diagihkan dalam bungkusan makanan asas kepada anak yatim. Satu bungkusan makanan berisi beras 5 kg, minyak masak 2 kg, gula, teh, ikan dalam tin, dapat anda lancarkan dengan derma RM50.



Nabi bersabda, “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturrahim, shalatlah di waktu malam ketika orang-orang tertidur, niscaya kalian akan masuk Surga dengan selamat.” (HR. Tirmidzi, ad-Darimi, Ibnu Majah, al-Hakim, Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah.


Terima kasih atas sumbangan dari anda yang dipercayakan untuk dihantar kepada yang membutuhkan melalui Asar Humanity. Semoga Allah SWT lindungi Anda dan keluarga. InshaAllah pahala dan rejeki akan berkali lipat berlimpah. Jazakumullah khairan.


Jom#BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 06, 2022

Kempen Sumbangan Tamat