COVID19 BANK MAKANAN

Dimulakan pada:
28 Jul, 2021
COVID19 BANK MAKANAN
100.14%
RM4,206
/RM4,200
180
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Kami mohon sumbangan ikhlas penderma agar dapat hulur sedikit bantuan supaya kami dapat menyediakan bakul makanan yang cukup untuk golongan yang terjejas di musim PKP. Khususnya B40, dan bu tunggal.
Kami dari Persatuan Kebajikan Pelita Harapan Sabah bergiat aktif dalam membantu masyarakat yang menghadapi kesusahan. Di musim pandemik covid19 ini. Ramai keluarga di sekeliling menghadapi kesukaran u...
Kami mohon sumbangan ikhlas penderma agar dapat hulur sedikit bantuan supaya kami dapat menyediakan bakul makanan yang cukup untuk golongan yang terjejas di musim PKP. Khususnya B40, dan bu tunggal.

Kami dari Persatuan Kebajikan Pelita Harapan Sabah bergiat aktif dalam membantu masyarakat yang menghadapi kesusahan. Di musim pandemik covid19 ini. Ramai keluarga di sekeliling menghadapi kesukaran untuk mencari sesuap nasi disebabkan PKPD yang dilancarkan. 


Kami amat prihatin dan berharap dapat membantu semua golongan yang terjejas ini, tanpa mengira kaum, bangsa dan agama sebab kita sekarang bukan keseorangan perlu berhadapan dengan covid19, tapi seluruh negara. Justeru itu, kami menyeru dan memohon setiap insan di mana-mana tempat hulurkan sedikit bantuan bagi membantu golongan yang dalam kesusahan. Perlu kita ingat bahawa, situasi pandemik sekarang bukan sahaja Kitajagakita bahkan juga kita perlu prihatin apabila terlihat sesiapa yang perlu bantuan. Kita sekarang bukan seorang diri memerangi covid19 but we are together fighting. Ayuh, bersama-sama kita membantu kawan-kawan, dan keluarga susah menghadapi cabaran pkpd. Kita ialah sekeluarga. No one should be left alone ! 


Segala bantuan sumbangan untuk bank makanan daripada penyumbang didahulukan jutaan terima kasih. 

Laporan Kempen

20 Sep 2021


Pada hari Jumaat (17/09), sejurus selesainya urusan edarkan nasi makanan PERCUMA. PKPHS singgah di kg madsiang, untuk memberi bantuan bakul makanan kepada 3 buah keluarga mangsa tanah runtuh akibat banjir kilat yang berlaku pada 15/09. PKPHS sempat bertanyakan Puan Jaminah Binti Kigut keadaan keluarga mereka agar dapat bantu secara meluas. Terima kasih team Jennifer kerana bantu mengenalpasti keluarga mangsa tanah runtuh.

10 Sep 2021



Hari ini PKPHS seperti biasa mengedarkan nasi makanan tengah hari PERCUMA kepada masyarakat yang memerlukan. Sebanyak 100 pek nasi makanan diedarkan di kawasan PKPD Millennium  plaza.






07 Sep 2021


Hari ini, team PKPHS telah mula  mengagihkan bakul makanan kepada golongan B40 secara berperingkat.


Semoga bantuan bakul makanan dapat meringankan keluarga yang susah.


Terima kasih kepada penyumbang sekalian kerana memberi sokongan pada kempen FASA 1, Covid19 : Sumbangan Bank Makanan Diperlukan

04 Sep 2021


Hari ini merupakan hari pertama PKPHS mula membeli barangan asas bakul makanan hasil sumbangan derma dari penyumbang-penyumbang melalui kerjasama Sumbangan.com.

Terima kasih kepada anda yang menghulurkan bantuan prihatin.


Pembelian barangan asas untuk diagihkan kepada 50 keluarga golongan B40 dan juga keluarga ibu tunggal akan dilakukan secara berperingkat bagi mengatur masa yang sesuai untuk mengagihkan bakul tersebut mengikut kawasan.


Walaupun kempen FASA1, covid19: Sumbangan Bank Makanan telah pun baru sahaja berakhir pada tarikh 31/08/2021.


Namun kempen ini akan diteruskan lagi di FASA 2 nanti, selepas selesainya pengagihan bakul makanan untuk senarai nama keluarga yang memerlukan.


Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Aug 30, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 29, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 28, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 28, 2021
DZULKARNAIN MUHAMAD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 27, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ AL QURAN UNTUK NEGARA MINORITI ISLAM
BANTUAN PERSIAPAN PERSEKOLAHAN PELAJAR MISKIN DAN ASNAF
BANTU SEKOLAH DI PEDALAMAN INDONESIA
SOKONG PENDIDIKAN 50 ANAK YATIM DAN ASNAF
BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK YATIM DAN ASNAF BUAT MEREKA SERONOK BELAJAR
Kempen Sumbangan Tamat