ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 28, 2024

BANTUAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN KEPADA PENDUDUK PEDALAMAN SARAWAK

RM460 / 4.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

25 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kedua-dua buah sekolah tersebut dalam proses pembinaan namun, dana masih lagi tidak mencukupi. Bersama kami menyediakan kelengkapan pembelajaran untuk anak-anak di Sk Ng Kesit Dan Sk Nanga Menyebat.


Charity Week merupakan program tahunan yang dilaksanakan sepenuhnya oleh sukarelawan-sukarelawan Islamic Relief. Charity Week merangkumi pelbagai aktiviti inisiatif sukarelawan untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada projek-projek kemanusiaan Islamic Relief yang fokus kepada bantuan anak yatim dan kanak-kanak kurang berkemampuan di seluruh dunia.



Pada tahun ini, Charity Week menyasarkan projek penambahbaikan perpustakaan sekolah kurang murid di pedalaman Sarawak. Objektif projek ini adalah untuk meningkatkan persekitaran pendidikan dengan memberikan sokongan jangka panjang. IR Malaysia berhasrat untuk menaik taraf perpustakaan di kedua-dua sekolah dan membekalkan peralatan yang mencukupi.


Gambaran perpustakaan yang akan dibina di Sk Nanga Menyebat.


Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit dan Sekolah Kebangsaan Nanga Menyebat dan memberi faedah kepada seramai 145 orang murid. Menurut laporan yang diterima kedua-dua buah sekolah tersebut jauh daripada pekan yang berdekatan. Bahkan penduduk di pedalaman tersebut terpaksa melalui jalan yang berliku dan bertanah merah untuk keluar membeli barangan di pekan yang berdekatan.



Gambaran perpustakaan yang akan dibina di Sk Ng Kesit.


Besar hasrat kami sekiranya kita mampu untuk membantu kedua-kedua buah sekolah tersebut untuk membaik pulih perpustakaan untuk anak-anak di kedua-dua buah sekolah tersebut supaya satu hari nanti asbab daripada pembinaan perpustakaan yang baru, mereka menjadi salah seorang insan yang akan membangunkan negara Malaysia.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 29, 2024

MISBA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 28, 2024

Kempen Sumbangan Tamat