SEDEKAH DAGING KORBAN DI MASJIDIL HARAM

Dimulakan pada:
02 May, 2024
SEDEKAH DAGING KORBAN DI MASJIDIL HARAM
131.42%
RM5,257
/RM4,000
341
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Khusus untuk anda yang masih belum mampu melaksanakan ibadah korban atau ingin membantu saudara Islam kita merasa daging untuk kali pertama. Jom ambil bahagian dalam sedekah korban di Mekah!
Bulan Zulhijah adalah kurniaan Allah SWT terhadap seluruh hamba-Nya yang beriman kepada-Nya. Kehadiran bulan istimewa ini menandakan indahnya ajaran Islam yang terkandung fadhilat dan kurniaan pahala...
Khusus untuk anda yang masih belum mampu melaksanakan ibadah korban atau ingin membantu saudara Islam kita merasa daging untuk kali pertama. Jom ambil bahagian dalam sedekah korban di Mekah!


Bulan Zulhijah adalah kurniaan Allah SWT terhadap seluruh hamba-Nya yang beriman kepada-Nya. Kehadiran bulan istimewa ini menandakan indahnya ajaran Islam yang terkandung fadhilat dan kurniaan pahala besar apabila umat Islam berpeluang untuk menunaikan ibadah korban.



Ibadah korban hadir setahun sekali, andai tidak mampu lakukan ibadah korban pada tahun ini, laburkanlah sedikit duit poket yang ada cuma RM10 sudah melayakkan anda lakukan sedekah daging pada yang sangat mengharapkan ada agihan daging buat mereka tahun ini.



Kami mengharapkan dengan sumbangan ini mampu mengenyangkan perut dan membawa kebahagiaan kepada mereka yang tidak pernah merasa lauk daging korban. Semoga Allah SWT membalas sedekah tersebut dengan sebaik-baik ganjaran.



Ibadah korban bagi kempen ini akan dilaksanakan di Kilo Asyarah, Kota Suci Mekah oleh wakil PPIM yang bertauliah. Setiap hasil daging yang disembelih akan dikongsi kepada mereka yang kurang berkemampuan. Kami mengharapkan lebih ramai lagi umat Islam dari golongan asnaf miskin di seluruh dunia dapat diceriakan pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.



Amalan bersedekah daging korban kepada asnaf dan fakir menjadikan ibadah ini satu galakan kepada yang berkemampuan untuk melepaskan sifat kikir dalam diri. Segala rezeki dimiliki adalah daripada kurniaan-Nya. Justeru, jangan sesekali berkira dalam soal ibadah, sebaliknya, laksanakan setiap amalan kerana kecintaan dan ketaatan yang tinggi kepada-Nya.


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

21 Jun 2024


Alhamdulillah, selesai amanah penyumbang untuk sedekahkan daging sempena Hari Raya Korban ini buat penduduk di Mekah pada 18 Zulhijah 1445H.


Saban tahun peluang ini sentiasa dinanti dan direbut oleh mereka yang berkemampuan. Syukur ke hadrat Allah SWT yang mencurahkan nikmat keimanan, rahmat dan rezeki yang melimpah-ruah kepada kita. Insya-Allah, daging segar ini akan mula diagihkan kepada mereka yang memerlukan.







Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 16, 2024
WAN AMALIA MAIZAN BINTI MOHD AZANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jun 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 16, 2024

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

MENYANTUNI KUCING TERBIAR DI BULAN RAMADHAN
Kempen Sumbangan Tamat